Anda di sini

Lau harap industri makanan KTS jadi industri terbesar di Sarawak

Advertisement
Lau (dua kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Setia kepada Maja Unjong (tengah) dari Kinetic Food Processing Sdn Bhd yang telah berkhidmat selama 30 tahun sambil diperhatikan oleh Peter Lau (kiri), Wong (dua kanan) dan Kevin (kanan).
Lau (dua kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Setia kepada Maja Unjong (tengah) dari Kinetic Food Processing Sdn Bhd yang telah berkhidmat selama 30 tahun sambil diperhatikan oleh Peter Lau (kiri), Wong (dua kanan) dan Kevin (kanan).

SIBU: Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temengggung Dato Vincent Lau Lee Ming berharap industri makanannya boleh menjadi industri terbesar dan terkemuka di Sarawak pada masa hadapan.

Berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Setia kepada kakitangan industri makanan di SBFM Industries Sdn Bhd di Hulu Lanang hari ini, beliau percaya pengeluaran makanan daripada industri makanannya mempunyai kapasiti untuk menampung lebih banyak perniagaan.

Lau berkata, pada masa ini kilang makanan syarikat itu hanya beroperasi dalam satu syif.

"Banyak kilang melakukan pemprosesan makanan seperti ini, untuk menjadikan perniagaan sangat kompetitif, dan untuk mengurangkan kos, adalah penting dan perlu untuk mempunyai dua atau tiga syif. Ini adalah sesuatu yang perlu kita sasarkan untuk dicapai dalam tempoh 10 tahun atau 20 tahun akan datang," ujarnya.

Dengan aspirasi sedemikian katanya, adalah juga penting bagi syarikat untuk membina pasukan pemasaran yang lebih kukuh yang boleh mengembangkan perniagaan bukan sahaja Sarawak, tetapi di seluruh Sarawak malah di luar negara.

Beliau juga berkata, pada masa ini, industri makanan terdiri daripada kira-kira 400 kakitangan.

Industri makanan syarikat ialah SBFM Industries Sdn Bhd, Sibu Feedmills Sdn Bhd, Kinetic Food Processing Sdn Bhd dan Summer Pacific Sdn Bhd.

Lau memberitahu, Kumpulan Syarikat KTS bermula pada 1962 sebagai industri perkayuan. Hari ini, ia telah berkembang dengan pelbagai industri, termasuk harta tanah, pertanian, industri makanan dan sebagainya.

Beliau berkata, ini dapat dicapai dengan pasukan dan kakitangan berdedikasi yang menyumbang kepada kejayaan syarikat.

Sementara itu, seramai 73 kakitangan industri makanan menerima Anugerah Perkhidmatan Setia.

Hadir sama ialah Pengurus Besar KTS Foodland Sdn Bhd Peter Wong, Pengurus Besar Kanan KTS Trading Sdn Bhd Peter Lau dan Pengurus Pembangunan Perniagaan KTS Trading Sdn Bhd Kevin Lau.
 

  • oleh
  • Advertisement