Anda di sini

Tuduhan calon berlagak sombong tidak benar: Penerangan UMNO Sepanggar

Advertisement
 Video tahun lalu yang ditularkan pihak pembangkang untuk memburukkan Yakub.
PALSU: Video tahun lalu yang ditularkan pihak pembangkang untuk memburukkan Yakub.

KOTA KINABALU: Video tular yang dikaitkan dengan calon Parlimen Sepanggar, Datuk Yakub Khan kononnya berlagak sombong tidak melayan pertanyaan orang adalah tidak benar dan dimanipulasi pihak tertentu.

Ketua Penerangan UMNO Sepanggar, Ibrahim Dzul Aklamat berkata, insiden terbabit berlaku pada 29 Januari tahun lalu berkaitan isu prasarana di Kampung Unggun Jaya, Sepanggar.

"Video tular itu bukannya berlaku dalam tempoh kempen PRU-15 ini dan ia dimuat naik pihak tertentu untuk memberikan gambaran salah terhadap calon BN, Datuk Yakub Khan.

"Ia persepsi songsang yang dimainkan oleh media pembangkang yang mahu memburukkan imej calon dan kita jelaskan apa yang berlaku, sebenarnya Yakub dan Datuk Seri Bung Moktar Radin ada membuat lawatan kerja di Kampung Unggun, pada tahun lalu.

"Sebenarnya pada lawatan itu, ada beberapa individu sedang bertanyakan kepada Bung namun Yakub meminta ia ditunda kerana mahu bertemu segera dengan penduduk setempat berhubung masalah air di kampung berkenaan.

"Soal sombong atau herdikan tidak timbul sama sekali memandangkan ramai pegawai dan orang awam yang berada di lokasi juga menyaksikan kejadian tersebut, jadi jangan percaya berita palsu sebegini," katanya.

Tambah beliau, apa yang penting cabaran dan fitnah seperti video tular itu tidak mematahkan semangat jentera kempen dan menyakini Yakub berada dalam landasan tepat untuk terus memenangi hati pengundi di Sepanggar.

"Jadi para pengundi Sepanggar, sila berhati-hati menerima maklumat seperti ini kerana mereka ini sentiasa mengambil kesempatan mencetuskan huru-hara dalam kalangan penyokong dan akar umbi parti," katanya.

Advertisement