Anda di sini

Lelaki curi 16 tin mentega dipenjara dua bulan

Advertisement
 

MIRI: Gara-gara mencuri 16 tin mentega dari sebuah pasar raya di sini, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret.
    
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 6 November lalu.
    
Wesley Jackson, 25, dari Desa Pujut, Bandar Baru Permyjaya di sini, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
    
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah mencuri sebanyak 16 tin mentega jenama 'Golden Churn' milik sebuah pasar raya di sini.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama seorang lagi yang masih bebas pada jam 3.17 petang, 1 November lalu di sebuah pasar raya di Pujut  3 di sini.
    
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Advertisement