Anda di sini

Medi Beaute anjur Kempen Kesedaran Kanser Payudara di Vivacity Megamall

Advertisement
Dari kiri, Pengarah Medi Beaute Kuching Winnie Chen dan Pricilla Tan menyampaikan sumbangan kepada Presiden SBCSG Juriah Sulehan.
Dari kiri, Pengarah Medi Beaute Kuching Winnie Chen dan Pricilla Tan menyampaikan sumbangan kepada Presiden SBCSG Juriah Sulehan.

KUCHING: Medi Beaute telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara di Vivacity Megamall di sini, semalam.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk pemeriksaan kanser payudara secara percuma oleh Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Sarawak (SBCSG), pemeriksaan kesihatan percuma, senaman zumba serta penyampaian sumbangan Medi Beaute kepada SBCSG.

Turut diadakan, ceramah kesedaran kanser payudara, kolesterol, diabetes dan hipertensi oleh Penasihat SBCSG Datu Dr Zulkifli Jantan dan Kanser Serviks oleh Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi daripada KPJ Kuching Dr Wendy Loh.

Medi Beaute dalam kenyataan berkata, pihaknya komited untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai terutama wanita tentang kanser payudara.

Pakar kecantikan Medi Beaute Kuching dan jururawat SBCSG merakam kenangan pada Kempen Kesedaran Kanser Payudara di Vivacity Megamall 30 Oktober lalu.
Pakar kecantikan Medi Beaute Kuching dan jururawat SBCSG merakam kenangan pada Kempen Kesedaran Kanser Payudara di Vivacity Megamall 30 Oktober lalu.

Katanya, mengesan kanser payudara lebih awal mungkin dapat membantu anda dan seseorang yang anda sayangi.

Pengasas Medi Beaute Jeune Teoh berkata, pihaknya telah membantu lebih 200 wanita di Lembah Klang, Selangor pada bulan Oktober sahaja.

“Kami telah membantu mereka mendapatkan pemeriksaan oleh jururawat di pusat kami dengan memeriksa ketulan pada payudara mereka.

“Kami berbangga kerana dapat membantu orang ramai,” katanya.

Sementara itu Pengarah Medi Beaute Winnie Chen dan Pricilla Tan berhasrat meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara dalam kalangan wanita.

“Kami menggalakkan wanita meningkatkan usaha mereka dalam pengesanan awal kanser.

“Mesej utama yang ingin kami sampaikan ialah ‘Pengesanan Awal Untuk Pencegahan’,” ujarnya.

Medi Beaute ialah jenama estetik kecantikan yang menyediakan rawatan muka, badan, spa, selepas bersalin, penyingkiran rambut dan produk penjagaan kulit untuk semua jenis kulit untuk membantu merawat dan menyerikan kulit. 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat, orang ramai boleh melawat laman web di https://www.medibeaute.com.my/ atau media sosial Facebook, @medibeautemalaysia; Instagram, @medibeaute_official; YouTube, Medi Beaute.

Advertisement