Anda di sini

Jambatan Merah Bintangor kini diterangi lampu LED 

Advertisement
Ding bersama pasukannya berkunjung ke Jambatan Merah Bintangor ketika merasmikan Pemasangan Lampu LED di Jambatan Merah Bintangor malam semalam.
Ding bersama pasukannya berkunjung ke Jambatan Merah Bintangor ketika merasmikan Pemasangan Lampu LED di Jambatan Merah Bintangor malam semalam.

BINTANGOR: Jambatan Merah Bintangor kini diterangi dengan lampu LED pada waktu malam setelah projek pemasangan lampu di jambatan terbabit siap dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata Jambatan Merah Bintangor merupakan penghubung utama penduduk ke Sarikei, pekan Bintangor dan sekitarnya.

"Projek memasang lampu LED di Jambatan Merah Bintangor mula dilaksanakan pada 15 Ogos lalu dan siap sepenuhnya lebih awal daripada jadual ditetapkan.

"Projek ini menelan belanja sejumlah RM100,000 dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) serta dikendalikan Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) dengan reka bentuk oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). 

"Siapnya pembinaan ini, ia menjadi satu lagi daya tarikan baharu di pekan Bintangor," kata Ding ketika merasmikan Pemasangan Lampu LED di Jambatan Merah Bintangor semalam.

Menurutnya, selain menjadi sudut tarikan pemasangan lampu LED di kawasan ini juga amat penting memastikan keselamatan  pengguna jalan raya melalui laluan ini.

Katanya, beliau kini berusaha memasang lebih banyak lampu jalan di laluan utama pada masa akan datang.

"Kita berharap mendapat lebih banyak  peruntukan pada tahun depan untuk merealsasikan hasrat itu.

"Sehubungan itu, kita berharap rakyat terus bersatu dan bekerjasama bagi memantapkan usaha kerajaan membangunkan Meradong," katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Meradong Badjuri Bidin, Setiausaha Politik Premier Sarawak Teng Ung Woo serta wakil-wakil jabatan kerajaan.
 

  • oleh
  • Advertisement