Anda di sini

Segerakan laksana penambahbaikan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat 

Advertisement
Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang media baru-baru ini mengenai inisiatif yang wajar dilaksanakan Kerajaan untuk membina semula negara.
Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang media baru-baru ini mengenai inisiatif yang wajar dilaksanakan Kerajaan untuk membina semula negara.

Pandemik COVID-19 yang berlanjutan sehingga menyebabkan penutupan ke semua sektor terutamanya ekonomi dan pendidikan telah menyebabkan jutaan rakyat Malaysia tersepit pasca pandemik. 
    
    Meskipun ekonomi negara telah dibuka semula, namun kesan jangka panjang seperti kehabisan wang simpanan, memperoleh pekerjaan yang bayaran gajinya lebih rendah, perniagaan yang terpaksa ditutup dan sebagainya masih dirasai oleh kebanyakan rakyat Malaysia. 
    
    Menurut data, 90 peratus daripada isi rumah luar bandar tidak mempunyai simpanan kecemasan dan 86 peratus isi rumah bandar tidak mempunyai simpanan secara terus untuk saat sukar. 
    
    Apa yang lebih merungsingkan, anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah telah jauh ketinggalan dalam pendidikan kerana tidak mampu untuk membeli alatan pembelajaran secara dalam talian seperti telefon mudah alih bersama data internet, komputer riba, tablet dan sebagainya. 
    
    Dari sudut pendidikan, Malaysia telah menutup sekolah selama 42 minggu - paling lama di Asia Tenggara, sekaligus menyaksikan penyerosotan dalam pendidikan awal sehingga menyebabkan peningkatan kes tidak mampu membaca dalam kalangan kanak-kanak. 
    
    Majlis Pemulihan Negara (MPN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah menyatakan bahawa penutupan ini akan mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk diperbetulkan dan ini merupakan satu tugas yang sukar untuk digalas, namun boleh dilaksanakan dengan melaksanakan polisi-polisi yang betul.

Salah seorang peserta Seminar Kebangsaan Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial di Putrajaya membaca rumusan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) baru-baru ini.
Salah seorang peserta Seminar Kebangsaan Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial di Putrajaya membaca rumusan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) baru-baru ini.


 
    MPN juga telah menyatakan bahawa sebuah sistem bersepadu dibangunkan untuk memudah cara proses penyaluran bantuan secara menyeluruh dan berpusat perlu dilaksanakan untuk memastikan segala bantuan - daripada kewangan, makanan hatta bantuan alatan pendidikan dapat disalurkan dengan cepat tanpa melalui proses birokrasi yang kompleks. 

    Dengan penguncupan ekonomi dunia serta pelbagai perspektif di mana ekonomi negara akan mengalami kemerosotan pada tahun 2023 akibat daripada tekanan ekonomi luar, rata-rata rakyat Malaysia bimbang akan situasi ini, dan apakah yang perlu mereka bersedia untuk menghadapi perkara ini. 

    Selari dengan 12 aspirasi MPN dalam menggesa kerajaan untuk membina negara, apakah perspektif rakyat mengenai inisiatif-inisiatif yang wajar dijalankan ini dan dan harapan mereka menjelang tahun 2023?

    Siti Nur Syazwina Hassan, 37, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang nak berkata beliau amat terkesan selepas kematian suaminya akibat COVID-19. 

    "Arwah suami saya merupakan pencari rezeki kepada keluarga kami. Namun, kehidupan kami amat sukar selepas itu. Saya tidak mampu bekerja kerana anak-anak saya masih kecil, dan untuk menghantar ke taska, kosnya terlalu mahal," katanya dalam nada sedih. 

    Tambahnya lagi, impan untuk membuka perniagaan tidak menjadi kerana pihak bank tidak membenarkannya akibat tiada rekod perbankan. 

    "Kini kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun alhamdulilah anak-anak saya ada bersama saya. 
Cumanya saya risaukan pendidikan mereka di masa akan datang," katanya.

    Beliau juga berharap pihak kerajaan akan meneruskan inisiatif untuk membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran diri bagi menghadapi persekitaran global yang sentiasa berubah.

Cecilia Victor, 36 meluahkan hasratnya supaya penyaluran bantuan secara menyeluruh dan berpusat dapat dilaksanakan segera.
Cecilia Victor, 36 meluahkan hasratnya supaya penyaluran bantuan secara menyeluruh dan berpusat dapat dilaksanakan segera.

    "Saya melihat banyak rakan-rakan seperjuangan saya yang sama terkesan telah menjalani pelbagai kursus untuk meningkatan kemahiran diri sendiri seperti dandanan, membuka bisnes kecil kecilan dalam talian dan sebagainya.  Impian saya sekarang ialah untuk meningkatkan kemahiran diri saya, dan bercadang untuk membuka perniagaan kecil-kecilan menjual nasi lemak di kawasan saya semasa cuti sekolah akhir tahun ini," katanya.
 
    Selain Nur Syazwina, mereka yang bekerja dalam sektor kreatif juga masih terkesan kerana sepanjang COVID-19, tiada sebarang aktiviti penggambaran dapat dilaksanakan.

    Kelvin Chan, 28 seorang penyunting video berkata sebelum pandemik beliau mampu memperoleh kira-kira RM5,000 sebulan namun selepas pandemik, syarikatnya hanya mampu membayar RM2,800 sahaja kerana sudah kehabisan dana kewangan. 

    "Sejujurnya, saya bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan, namum pengurangan pendapatan sebanyak RM2,200 sebulan adalah satu jumlah yang ketara. Disebabkan itu juga, saya tidak layak untuk memperoleh apa-apa bantuan kerana saya tidak berkahwin. 

    "Namun, saya mempunyai ibu bapa yang perlu dijaga. Dengan gaji RM2,800 sebulan untuk membayar rumah, perubatan, utiliti dan sebagainya sudah amat sukar. Ini tidak termasuk dengan kos barangan yang telah naik mendadak tahun ini," katanya. 

Kelvin Chan, 28, salah seorang penyunting video yang syarikatnya terkesan sehingga kini.
Kelvin Chan, 28, salah seorang penyunting video yang syarikatnya terkesan sehingga kini.

    Sementara itu, Iliiyin Jasni, 32, seorang usahawan pakaian terpakai berkata langkah untuk melaksanakan satu moratorium khas terutamanya bagi pengusaha mikro, kecil dan dan sederhana (PMKS) adalah satu langkah yang baik kerana kebanyakan mereka kekurangan dana untuk membuat pusingan. 

    "Tanggapan orang ramai ialah kami menjual barangan pada harga yang murah. Namun, mereka tidak mengambil kira kos pengangkutan, kos pendahuluan, kos penyimpanan dan sebagainya. Banyak kos terlindung yang perlu kami tanggung.
 
    "Meskipun ekonomi telah dibuka, fokus orang ramai terutamanya B40 dan M40 seperti kami adalah untuk memberi barangan keperluan seperti makanan dan membayar bil. Pakaian bukanlah satu keperluan di masa kini, dan kami amat tersepit," katanya.
 
    Sementara itu, Cecilia Victor, 36 seorang penulis di akhbar tempatan berkata cadangan MPN untuk menubuhkan sebuah sistem bersepadu untuk memudah cara proses penyaluran bantuan secara menyeluruh dan berpusat adalah satu inisiatif yang baik kerana pada ketika pandemik melanda, ramai yang tidak menerima sebarang bantuan, ataupun bantuan lewat tiba. 

    "Sesungguhnya saya amat risaukan rakan-rakan dan ahli keluarga saya yang tinggal di kawasan yang dijangka banjir akhir tahun ini. Saya berharap, sistem bersepadu ini dapat dilaksanakan secepat mungkin untuk memastika semua yang terkesan dapat menerima bantuan secepat mungkin," katanya. 

    Secara kolektif MPN, telah menggesa agar Kerajaan untuk melaksanakan 12 agenda untuk segera memulihkan negara melalui penekanan aspek keterangkuman sosial dan bermaruah.
 
    Antaranya ialah memperi penekanan terhadap aspek kualiti dan kuantiti pendidikan bagi mengatasi masalah keciciran, memacu sektor perniagaan, memperkenal insentif bagi tujuan ketersediaan digital perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk meningkatkan produktiviti serta segera mengenal pasti pelaburan yang menawarkan pekerjaan dengan pendapatan tinggi kepada rakyat, selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030). 
 

Advertisement