Anda di sini

Festival Jazz Kuching akan membuktikan jazz bukan muzik yang membosankan

Advertisement
Ting (dua kanan) dan Ferguson (dua kiri) memegang poster yang memaparkan barisan artis yang akan memeriahkan festival itu.
Ting (dua kanan) dan Ferguson (dua kiri) memegang poster yang memaparkan barisan artis yang akan memeriahkan festival itu.

KUCHING: Stigma muzik genre jazz perlahan dan membosankan bakal dibuktikan di Festival Jazz Kuching pada 28 dan 29 Oktober ini, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting semalam.

Beliau berkata pihaknya telah mengatur barisan penghibur muzik eklektik yang akan mewujudkan lebih banyak keunikan yang dibentuk di bawah genre berbeza jazz.

“Ini akan membuatkan orang ramai sedar bahawa jazz bukanlah muzik membosankan atau perlahan.

"Jazz juga boleh menghidupkan suasana, ceria malah membuatkan anda ingin turun ke hadapan pentas dan menari sepuas hati," katanya pada sidang media untuk mengumumkan barisan rasmi penghibur untuk festival itu.

Ting turut mengumumkan penampilan istimewa penyanyi Indonesia yang akan menyertai rakan senegara Hendri Rotinsulu iaitu Jazmint Band (Indonesia), Noryn Aziz (Malaysia), Phum Viphurit (Thailand), Freyja Garbett (Australia), Dawn Wong & The Ark Royal (Singapura), Leon Sapphire (Malaysia) dan Ushera (Malaysia).

Turut termasuk dalam barisan adalah penghibur dari Sarawak Ta’Dan dan Ky Den.

Ting juga berkata Festival Jazz Kuching tahun ini agak berbeza daripada tiga edisi sebelumnya pada 2017, 2018 dan 2019.

Beliau berkata acara itu telah berkembang dan beliau berharap ia akan lebih berjaya pada tahun-tahun mendatang.

Menyentuh tentang Afgan, sudah pasti beliau antara artis paling terkenal di Asia dengan suara dan gaya tersendiri yang menggabungkan pop dan jazz.

Noryn Aziz pula katanya, merupakan penyanyi yang pernah memenangi anugerah sebagai salah seorang penyanyi jazz terkemuka Malaysia dengan kerjaya yang menjangkau hampir tiga dekad.

Bagi Phum Viphurit, beliau berkata penyanyi dan penulis lagu Thailand ini mendapat pengiktirafan antarabangsa pada 2018 daripada single penuh, ‘Lover Boy’ dan hit-hit ‘Long Gone’ pada 2017.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hemisphere Corporation Sdn Bhd Mark Ferguson berkata festival itu akan diadakan di Hotel Grand Margherita yang kini diurus dan dikendalikan syarikat itu.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan penonton sekurang-kurangnya 1,000 orang bagi setiap malam semasa festival itu.

Beliau juga berkata penjualan tiket secara dalam talian dan fizikal sudah meningkat dan dijangka mencapai sasaran pihaknya tidak lama lagi.

“Kami juga memiliki dan mengendalikan aplikasi mudah alih setia untuk pelanggan yang dikenali sebagai Insiders Club, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

"Alat dalam aplikasi ini adalah untuk memaksimumkan pengalaman pelanggan kami. 

"Pakej bilik tahun ini dengan Kuching Jazz tersedia pada aplikasi tersebut yakni kuchingjazz.com yang merupakan laman web rasmi kami," katanya.

Beliau menambah, komuniti etnik tempatan juga dijemput mempamerkan masakan dan kraf tangan mereka kepada pengunjung festival.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan membeli tiket boleh melayari www.kuchingjazz.com atau memuat turun aplikasi Insiders Club.
 

Advertisement