Anda di sini

Penduduk cemas rasai gegaran gempa bumi

Advertisement
 Kawasan gempa bumi yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
GEMPA: Kawasan gempa bumi yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

KUNAK: Penduduk di beberapa buah kampung di daerah ini cemas seketika apabila merasai gegaran kira-kira jam 11 malam, semalam.

Gegaran berpunca daripada satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 yang berlaku di Barat Daya dari Kunak, Sabah pada jam 11.10 malam.

Seorang penduduk Sanukri Jainuddin berkata, gegaran itu dirasai dari tingkat atas rumahnya dan menyedari perhiasan yang diletak di tempat tinggi bergerak-gerak.

“Ketika itu kami sekeluarga sedang tidur, sebelum terbangun kerana merasai gegaran dalam beberapa saat.

“Selain itu, perhiasan yang diletak ditempat tinggi juga dilihat bergerak-gerak, namun mujur tidak jatuh,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omarbatha ketika dihubungi berkata belum ada panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi setakat ini.

Katanya, anggota bomba di BBP Kunak juga turut merasai gegaran itu semalam dan membuatkan mereka juga berjaga-jaga.

“Kita akan menjalankan rondaan di kawasan pekan dan sasaran utama adalah bangunan-bangunan yang tinggi,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Kunak, Sabah.

Menurut kenyataan jabatan itu, pusat gempa ialah 13 kilometer Barat Daya dari Kunak, Sabah pada kedalaman 10 kilometer.

  • oleh
  • Advertisement