Anda di sini

La Promenade Mall tampil Andrew dan Keren dalam 'Covindian' 28 Okt

Advertisement
Andrew dan Keren bakal tampil di La Promenade Mall pada 28 Oktober ini.
Andrew dan Keren bakal tampil di La Promenade Mall pada 28 Oktober ini.

KUCHING: La Promenade Mall akan menganjurkan rancangan komediri ketiga tahun ini pada 28 Oktober menampilkan Andrew Netto dan Keren Bala Devan.

Menurut kenyataan La Promenade semalam, komediri itu bertajuk 'Covindian.'

Andrew dan Keren merupakan pelawak komediri, dengan Andrew telah membuat pertunjukan itu sejak 2006, manakala Keren memulakan kerjayanya 10 tahun lalu.

Kali terakhir mereka membuat persembahan di Kuching adalah pada 2019, sejurus sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.

Tiket 'early bird' berharga hanya RM55 setiap satu dan dewan di La Promenade boleh memuatkan sekitar 200 orang pada satu-satu masa.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi dalam talian di booking.hslnet.my atau di Black Bean Coffee and Tea La Promenade.

Untuk maklumat lanjut, layari lapromenademall.com.my atau cari @LaPromenadeMall di media sosial.
 

Advertisement