Anda di sini

FFI berhasrat melabur dalam pengeluaran hidrogen, ammonia hijau di Sarawak

Advertisement
Awang Tengah merakam kenangan bersama rombongan FFI yang diketuai Presiden FFI Cawangan Asia Tenggara Allard Nooy di pejabat beliau semalam.
Awang Tengah merakam kenangan bersama rombongan FFI yang diketuai Presiden FFI Cawangan Asia Tenggara Allard Nooy di pejabat beliau semalam.

KUCHING: Fortescue Future Industries Pty Ltd (FFI) berhasrat melabur dalam pengeluaran hidrogen dan ammonia hijau di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak mengalu-alukan projek FFI yang boleh menjadi pengeluar hidrogen dan ammonia hijau berskala besar pertama di dunia apabila dilaksanakan.  

Projek yang dicadangkan ini katanya, adalah selaras dengan strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang berteraskan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.  

“Selain projek yang dicadangkan ini, terdapat projek lain yang serupa sedang dirancang di Sarawak.

“Dengan sumber asli yang banyak dan tenaga diperbaharui hijau, Sarawak berpotensi menjadi hab pengeluaran hidrogen di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan Presiden FFI Cawangan Asia Tenggara Allard Nooy di pejabatnya di sini, semalam.

Pertemuan tersebut adalah susulan daripada lawatan Awang Tengah ke Australia Barat pada Jun tahun ini.

Sementara itu, Nooy memuji kepimpinan Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan dalam memudahkan pelabur untuk projek yang dicadangkan mereka.

Advertisement