Anda di sini

Usaha RCKK Pearl bantu rakyat dipuji

Advertisement
HAJIJI
HAJIJI

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengalu-alukan usaha murni badan bukan kerajaan (NGO) seperti Kelab Rotary Kota Kinabalu Pearl (RCKK Pearl) dalam usaha mereka membantu komuniti setempat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, NGO lain juga dijemput mencontohi RCKK Pearl untuk terus membantu kerajaan dalam usaha memperkasakan kebajikan rakyat memerlukan.

"Usaha ini termaktub dalam agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang mahu pembangunan komprehesif dilakukan di negeri ini dan selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030)," katanya ketika merasmikan majlis makan malam amal serta ulang tahun ke-7 RCKK Pearl di sini, semalam.

Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam. 

Hajiji berkata, beliau sangat bangga dengan inisiatif RCKK Pearl dan berharap usaha mereka akan diteruskan dan menjadi contoh kepada NGO yang lain untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Katanya, sejak RCKK Pearl ditubuhkan, pelbagai kejayaan telah berjaya dicapai dan masih banyak rancangan sedang dilaksanakan seperti Projek REAL (Rural Focus English For All), WASH (Water, Sanitation, Hygiene) dan Hope in Sight iaitu pembedahan katarak kepada wanita B40 dari pedalaman.

Menurutnya, komitmen yang ditunjukkan RCKK Pearl sangat dibanggakan kerana pencapaian cemerlang itu telah memberikan manfaat kepada masyarakat terlibat.

"Saya memuji usaha RCKK Pearl atas inisiatif murni anda dan yang lebih penting adalah memberikan anda peluang menggunakan kemahiran masing-masing untuk beri manfaat kepada komuniti memerlukan," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement