Anda di sini

SK Terusan Baru anjur Program Bantu Baca

Advertisement
 Guru bersama murid yang terlibat dalam program tersebut.
KENANGAN: Guru bersama murid yang terlibat dalam program tersebut.

SEMPORNA: Inisiatif memperkasakan budaya mahir membaca dalam kalangan murid direalisasikan menerusi Program Bantu Baca Siri 1.0 yang dianjurkan Unit Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan (SK) Terusan Baru, di sini.

Program yang mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah Semporna (PPDS) itu dihadiri oleh 17 guru dan 50 murid yang terpilih.   

Guru Besar, SK Terusan Baru, Budlaji Tianggi berkata, program berterusan itu mensasarkan murid pemulihan tahun 1 hingga 6 dalam kalangan mereka yang kurang mahir membaca.

“Pelaksanaan program ini mendapat respon positif murid dari segi mempelajari teknik membaca dengan mudah.

“Ia bersesuaian dengan keperluan mereka supaya bergerak seiringan bersama murid lain semasa mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di bilik darjah,” katanya.

Sementara itu, pengarah program, Sarimah Ahmad pula berkata, hasil perbincangan bersama antara pentadbir, guru dan ahli panitia telah membuat keputusan berkenaan penggunaan bahan intensif yang digunakan oleh murid.

  • oleh
  • Advertisement