Anda di sini

SAR lelaki dikhuatiri hilang di Simunjan diteruskan 

Advertisement
Operasi SAR memasuki hari ketujuh di permukaan sungai dalam radius 10 kilometer bagi mengesan mangsa.
Operasi SAR memasuki hari ketujuh di permukaan sungai dalam radius 10 kilometer bagi mengesan mangsa.

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki iaitu Saba Ahad, 70, yang dikhuatiri hilang di tebing sungai Kampung Tebuan Baru, Simunjan pada Khamis lalu diteruskan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak berkata, SAR memasuki hari ketujuh ini dilakukan bermula sekitar jam 8.40 pagi.

Menurutnya, anggota melakukan operasi pencarian di permukaan sungai dalam radius 10 kilometer (km) menggunakan bot penyelamat. 

"Operasi turut dibantu Unit K9 Bomba dengan membawa seekor anjing pengesan bernama 'Bella'.

"Selain itu, seramai 15 penduduk kampung turut membantu SAR terbabit dengan menggunakan dua bot," katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut membantu di lokasi pencarian ialah anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta RELA.

Advertisement