Anda di sini

Sabah rekod 110 kes baharu COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan baharu kes COVID-19 di Sabah hari ini merekodkan sebanyak 110 kes iaitu penurunan lima kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kadar positiviti yang rendah iaitu 7.81 peratus membantu menstabilkan angka jangkitan walaupun jumlah sampel ujian lebih banyak berbanding jumlah yang direkodkan semalam.

Katanya, lima daerah merekodkan jangkitan baharu dua angka termasuk Kota Kinabalu 26 kes, Penampang 14 kes, Lahad Datu dan Putatan masing-masing 12 kes, dan Papar 10 kes.

"Putatan tidak merekodkan sebarang jangkitan semalam dan tidak ada kes baharu direkodkan di sembilan daerah.

"Daerah berkenaan termasuk Beluran, Kalabakan, Keningau, Nabawan, Pitas, Sipitang, Tambunan, Telupid, dan Tongod," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 109 daripada 110 kes semalam adalah dalam kategori satu dan dua, serta satu kes dalam kategori tiga.
 

  • oleh
  • Advertisement