Anda di sini

MyVet PCR DVS Sabah johan Konvensyen Inovatif dan Kreatif

Advertisement
 Dr Maria (sepuluh kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Kumpulan MyVet PCR dan Kumpulan Keningau Onsoi selepas masing-masing menerima hadiah sempena Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) di Putrajaya, baru-baru ini.
TAHNIAH: Dr Maria (sepuluh kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Kumpulan MyVet PCR dan Kumpulan Keningau Onsoi selepas masing-masing menerima hadiah sempena Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) di Putrajaya, baru-baru ini.

 

KOTA KINABALU: Kumpulan MyVet PCR, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah dinobatkan sebagai Johan dalam Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) sempena Majlis Persada Inovasi 2022 Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang diadakan di Wisma Tani, Putrajaya, baru-baru ini.


Kumpulan tersebut bukan sahaja muncul sebagai johan dalam konvensyen itu tetapi turut membawa pulang sebuah piala pusingan serta wang saguhati berjumlah RM5,000.


Fasilitator MyVet PCR, Dr Lorren Adam berkata, kemenangan tersebut merupakan hasil kerjasama padu yang diberikan oleh ahli-ahli dalam kumpulan itu dari pelbagai aspek bermula daripada persiapan awal sehinggalah ke hari konvensyen diadakan.


Walaupun telah berjaya menjuarai konvensyen itu, Dr Lorren memberitahu, beliau akan menambah baik lagi dari sudut persembahan dan lain-lain sebagai persiapan kumpulan itu untuk bertanding ke peringkat seterusnya (kebangsaan) iaitu antara jabatan-jabatan seluruh Malaysia.


"Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli kumpulan atas kerjasama padu yang diberikan sehingga kita berjaya mendapat Johan dalam konvensyen ini.


"Segala kekurangan dalam persembahan kali ini akan kita perbaiki lagi bagi memberikan yang terbaik di masa hadapan, " katanya.


Dalam pada itu, Kumpulan Keningau Onsoi, DVS Sabah turut memenangi tempat ketiga dalam konvensyen sama yang diadakan itu dengan membawa pulang sijil dan wang saguhati berjumlah RM2,000.


Turut hadir dalam konvensyen yang diadakan, Timbalan Pengarah DVS Sabah, Dr Maria E. Kissey yang mewakili Pengarah DVS Sabah.

  • oleh
  • Advertisement