Anda di sini

Mesyuarat kedua PMMS, lengkapkan jawatankuasa persatuan

Advertisement
 Sebahagian yang hadir dalam meysuarat kedua PMMS merakamkan gambar kenangan bersama kepimpinan persatuan.
ALBUM: Sebahagian yang hadir dalam meysuarat kedua PMMS merakamkan gambar kenangan bersama kepimpinan persatuan.



SIPITANG: Persatuan Masyarakat Murut Sipitang (PMMS) baru-baru ini telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara termasuk melantik kepimpinan serta ahli jawatankuasa (AJK) demi memastikan persatuan itu terus bergerak ke hadapan.


Selain mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, mesyuarat berkenaan juga membentang kelulusan pendaftaran persatuan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara (ROS) pada 9 Ogos lalu.


PMMS telah melantik sekaligus melengkapkan jawatankuasa pertubuhan bagi melancarkan lagi pengurusan organisasi dengan menjadikan Eric Suab@Majid Boh sebagai Presiden dengan dibantu Ugai Tamang sebagai Timbalan Presiden.


Antara jawatankuasa lain seperti Junaidah Makku (Setiausaha); Maudin Melinchi (Bendahari); D.Raffandey Darius (Setiausaha Kerja); Alvinowinda Ambilit @ Andrew (Setiausaha Pengelola); Albert Andrew Kurus (Ketua Penerangan) serta Queen Tuboh @ Pauzin, Formee Sinawat, Ganil @ Danil Gour, Patrick @ Gurka Ipun dan Paude Mandang sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi persatuan.


PMMS turut melantik Pengerusi Biro-Biro bagi memudahkan dan melancarkan organisasi seperti Biro Pendidikan (Baroh @ Davey Unsui); Biro Latihan dan Kursus (Junaidah Makku); Biro Kebajikan (Judin @ Samuil); Biro Kebudayaan dan Kesenian (Queen Tuboh @ Pauzin); Biro Sukan (Maudin Melinchi); Biro Siar Raya (Daring Bian); Biro Infastruktur (Patrick @ Gurka Ipun); Biro Protokol (Junaidah Makku); Biro Keagamaan (Ugai Tamang) dan Biro Keselamatan (Entos Indab).


PMMS juga bersetuju melantik Peter Esang, Eusebius Francis, Ambilit @ Andrew Kalabit, Baroh @ Davey Unsui dan Joseph Tabed Angin sebagai Anggota Badan Penasihat PMMS.


Dalam pada itu, Eric berharap barisan Jawatankuasa persatuan dapat menjalin kerjasama dalam mengangkat visi dan misi persatuan disamping menurunkan adat budaya Murut kepada generasi muda supaya terus kekal dengan peredaran masa sekaligus memastikan budaya tidak ditelan zaman.


Tambah beliau, pelbagai aktiviti sedang dirancang oleh PMMS dan sebarang pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut akan diumum dari masa ke semasa.

PMMS juga turut mengambil peluang untuk merakamkan penghargaan kepada ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yaacob atas sumbangan menaja mesyuarat serta baju korporat ahli PMMS yang disampaikan pegawainya, Eusebius Francis termasuk pelbagai usaha dalam memartabatkan budaya suku Murut di daerah ini. 
 

  • oleh
  • Advertisement