Anda di sini

Kilang nyaris musnah setelah mesin hidraulik terbakar

Advertisement
nggota bomba menjalankan pemeriksaan ke atas bahagian hidraulik kilang tersebut di kawasan Kemena awal pagi tadi.
nggota bomba menjalankan pemeriksaan ke atas bahagian hidraulik kilang tersebut di kawasan Kemena awal pagi tadi.

BINTULU: Sebuah kilang yang terletak di kawasan Kemena nyaris musnah setelah bahagian bawah mesin hidrauliknya terbakar sekitar jam 4.26 pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dalam kenyataan media berkata, sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan.

"Sejurus sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sememangnya berlaku kebakaran yang melibatkan bahagian bawah hidraulik dalam kilang," ujarnya.

Kebakaran bagaimanapun katanya, sudah berjaya dipadamkan pekerja kilang dengan menggunakan sistem salur bantu mula.

Pasukan bomba jelasnya, bertindak menjalankan pemeriksaan bagi memastikan api berjaya dipadam sepenuhnya.

"Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa," tambah beliau.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bomba balik semula ke balai jam 5.08 pagi.

Advertisement