Anda di sini

COVID-19: 516 kes baharu, 1 kematian di Sarawak

Advertisement
 


KUCHING: Sarawak terus merekodkan penurunan kes baharu COVID-19 pada minggu epidemiologi ke-39 iaitu 516 kes berbanding 658 kes pada minggu sebelumnya.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan memberitahu, penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 315,678 kes.

Menurutnya, sebanyak 499 kes berada di bawah kategori satu dan dua, manakala 17 kes di bawah kategori klinikal tiga, empat dan lima.

"Kuching merekodkan 186 kes diikuti Sibu (76), Miri (75), Bintulu (22), Serian (14), Kota Samarahan (15), Sarikei (24), Bau (10), Dalat (12) manakala Mukah (16).

"Tujuh kes direkodkan di Sri Aman dan Betong, manakala Simunjan dan Daro masing-masing (enam) dan lima kes di Saratok dan Meradong.

"Lundu dan Lawas melaporkan empat kes, Tatau (tiga), Sebauh, Tebedu, Marudi, Asajaya, Lubok Antu dan Julau (dua) manakala satu kes masing-masing di Pakan, Kanowit, Limbang, Matu, Song, Kapit dan Pusa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lapan daerah lain iaitu Subis, Tanjung Manis, Kabong, Beluru, Belaga, Telang Usan, Selangau, dan Bukit Mabong pula sifar kes baharu.

Dalam pada itu, terdapat satu kes kematian baharu direkodkan pada minggu epidemiologi ke-39.

Kes kematian yang berlaku itu dilaporkan di bahagian Sibu.

Advertisement