Anda di sini

Bajet 2023: Pembangunan Serudong-Simanggaris perlu diutamakan

Advertisement
SURYADY
SURYADY

TAWAU: Pembangunan jalan persempadanan yang menghubungkan Serudong Laut, Kalabakan dengan Simanggaris Kalimantan Indonesia perlu diberi keutamaan dalam bajet 2023 nanti.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pembangunan di kawasan itu sangat penting kerana ia berhampiran dengan ibu kota Indonesia yang baharu kelak.

Katanya, kerajaan diminta untuk memasukkan semula peruntukan pembinaan jalan dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di kawasan tersebut dalam bajet yang dibentangkan pada 7 Oktober ini.

“Pembangunan itu sangat perlu bagi merancakkan aktiviti perniagaan dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat, sebaik sahaja ibu kota baharu Indonesia berpindah ke Kalimantan.

“Kalabakan adalah daerah yang sangat hampir dengan ibu kota baharu itu dan perlunya kerajaan mengambil inisiatif supaya kita akan dapat manfaatnya,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Kalabakan berkata pembangunan di kawasan itu tidak seharusnya dilengahkan kerana ia mampu meningkatkan sektor ekonomi negara khususnya negeri Sabah.

“Kerajaan tidak boleh memberikan sebarang alasan ataupun berlengah lagi kerana perpindahan ibu kota negara jiran itu membuka kerjasama perdagangan, perlaburan dan perniagaan dengan Malaysia.

“Kita perlu mempunyai persiapan awal dan tidak boleh ketinggalan dari segi pembangunan terutamanya aspek kemudahan jalan raya yang baik,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement