Anda di sini

SMKPT laksana gotong-royong perdana

Advertisement
 Sebahagian peserta gotong-royong merakamkan gambar kenangan bersama pasukan bomba daerah Tuaran.
KENANGAN: Sebahagian peserta gotong-royong merakamkan gambar kenangan bersama pasukan bomba daerah Tuaran.

KOTA KINABALU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok (SMKPT) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran dan Biro 3K SMKPT telah menganjurkan Program Gotong Royong Perdana 2022, baru-baru ini.

Yang Dipertua PIBG SMKPT Makmur Ibak berkata, gotong-royong tersebut bukan sahaja untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang aktif, tetapi juga mampu melakukan kerja-kerja sukarelawan.

 Makmur (empat kanan) merasmikan majlis penutupan Program Gotong-Royong Perdana SMKPT 2022.
SIMBOLIK: Makmur (empat kanan) merasmikan majlis penutupan Program Gotong-Royong Perdana SMKPT 2022.

"Program juga mahu melahirkan pelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

"Kita juga amat bertuah kerana program ini turut disokong penuh oleh Pegawai Polis Perhubungan Sekolah Inspektor Mohd Khairun Zakaria, yang turut hadir bersama-sama menjayakan program ini,” katanya ketika merasmikan penutupan program berkenaan.

Beliau berharap agar semua warga SMKPT terutama pelajar untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keharmonian sekolah.

 Kerja-kerja membersihkan parit dilakukan.
SEMANGAT: Kerja-kerja membersihkan parit dilakukan.

“Syabas dan tahniah juga kepada Pengetua SMKPT Dr. Rutil Taising dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran yang juga merupakan Naib Yang Dipertua PIBG SMKPT, Mohd Abdul Qawie Abdul Gapar serta pasukan masing-masing atas kerjasama melaksanakan penganjuran gotong-royong perdana ini,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement