Anda di sini

Sokongan kerajaan, swasta diperlukan bantu institusi pendidikan

Advertisement
 Jeffrey bergambar bersama warga SEMENTA selepas program tersebut.
KENANGAN: Jeffrey bergambar bersama warga SEMENTA selepas program tersebut.

TAMBUNAN: Sokongan agensi kerajaan dan swasta diperlukan bagi mengukuhkan lagi institusi pendidikan negara sebagai anjakan ke-9.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jeffery G. Kitingan berkata sokongan itu bagi mentransformasikan sistem pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

“Kerjasama semua pihak dilihat dapat memberikan manfaat dan menjadi pemangkin untuk memupuk semangat patriotik, disamping mewujudkan jalinan yang baik.

“Selain itu, ia dapat mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar, guru-guru, agensi luar, swasta dan komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Pendidikan SEMENTA peringkat Sekolah Menangah di dataran Kepayan SMK Tambunan, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, karnival pendidikan yang dilaksanakan itu sangat bermakna kerana telah menggabungkan pelbagai unit termasuk agensi luar dan komuniti setempat, sekali gus ia bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Program ini turut mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan serta melibatkan pelbagai bidang diperingkat sekolah iaitu kemanusiaan, matematik dan sains, vokasional dan teknologi, unit koperasi, unit bimbingan dan kaunseling,” katanya.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, pandemik COVID-19 telah menyedarkan masyarakat tentang kepentingan penglibatan pelbagai pihak dalam pembangunan pendidikan negara.

“Banyak pihak mula sedar bahawa hal ehwal pendidikan juga perlu diambil tahu oleh orang awam, khususnya ibu bapa yang berperanan sebagai guru kedua ketika anak-anak berada di rumah.

“Justeru, ibu bapa yang juga merupakan komuniti setempat perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti sekolah kerana mereka dapat memudahkan lagi urusan sekolah,” katanya.

Katanya, karnival yang bermanfaat itu adalah untuk memacu pembangunan pendidikan di daerah ini dan memberi imej baik untuk dicontohi selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya

“Selain itu, ia juga menjadi langkah permulaan untuk terus bergerak ke hadapan dalam mencapai matlamat pendidikan negara ,” katanya.

ADUN Tambunan itu berkata, melalui karnival seumpama ini, nama baik sekolah dapat diharumkan di peringkat yang lebih tinggi dengan adanya penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

“Karnival seumpama ini wajar diadakan secara tahunan sebagai tanda usaha dan kerja keras warga sekolah serta mempersiapkan diri pelajar mendepani Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Turut hadir,  Pegawai Daerah, Sobitun Makajil; Pegawai Pendidikan Daerah, Haison Jahudin’ Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tambunan, Alexius Kiob dan Pengetua SMK Tambunan, Joseph Rusak @ Yusuf Rosli.

  • oleh
  • Advertisement