Anda di sini

Kes positif COVID-19 Sabah turun 124

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Kes positif COVID-19 bagi Sabah dilihat menurun kepada 124 kes baharu iaitu 47 kes lebih rendah berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata penurunan itu disebabkan bilangan sampel ujian sebanyak 1,623 iaitu jauh lebih rendah daripada jumlah sebelum ini iaitu 1,908.

Katanya kadar positif di negeri ini juga menunjukkan hanya 7.64 peratus berbanding 8.96 peratus kelmarin.

“Tiga daerah merekodkan kes dua angka berbanding 5 daerah pada hari sebelum ini iaitu ibu negeri 38 kes, Tawau 19 kes dan Sandakan 12 kes.

“Bilangan daerah yang tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu bertambah daripada tiga daerah kepada 9 daerah,” katanya.

Tambahnya jumlah daerah yang mencatat penurunan kes harian juga jauh lebih banyak daripada daerah yang merekodkan penurunan.

“17 daerah menurun dan hanya lima daerah mencatatkan peningkatan kes baharu.

“122 daripada 124 kes adalah dalam Kategori 1 serta Kategori 2 dan masing-masing satu kes bagi Kategori 3 dan Kategori 4,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement