Anda di sini

Empat rumah jenis tidak kekal musnah terbakar

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kebakaran padam sepenuhnya.
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kebakaran padam sepenuhnya.

SEMPORNA: Sekurang-kurangnya empat buah rumah musnah sepenuhnya, manakala dua lagi rosak sebahagiannya dalam insiden kebakaran di Kampung Pekan 2, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Rastam Keladi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.23 petang.

“Susulan itu, seramai enam anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam dan menyelamat.

“Selain itu, lima anggota BBP Atas Air bersama sebuah jentera juga turut membantu dalam operasi tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, sebaik tiba, pasukan operasi mendapati terdapat empat rumah jenis tidak kekal sudah musnah terbakar dan api semakin cepat merebak.

“Pasukan operasi segera menjalankan operasi memadam menggunakan sumber air daripada jentera dan pili bomba berhampiran supaya api tidak merebak ke rumah berhampiran.

“Kepantasan pasukan bomba berjaya menyelamatkan dua lagi rumah berhampiran daripada musnah keseluruhan,” katanya.

Rastam berkata, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.23 petang.

“Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran hanya melibatkan kemusnahan harta benda sahaja.

“Kita akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement