Anda di sini

58 kontinjen berarak sempena Hari Jadi Rasmi TYT

Advertisement
 Tun Juhar tiba di Padang Merdeka bagi menghadiri upacara perbarisan sempena Hari Jadi Rasminya Ke-69.
TIBA: Tun Juhar tiba di Padang Merdeka bagi menghadiri upacara perbarisan sempena Hari Jadi Rasminya Ke-69.
 Tun Juhar memotong pulut kuning sempena sambutan harijadi rasminya sambil disaksikan Norlidah dan Hajiji.
KEK: Tun Juhar memotong pulut kuning sempena sambutan harijadi rasminya sambil disaksikan Norlidah dan Hajiji.
 Tun Juhar menaiki kenderaan khas memeriksa perbarisan kontinjen yang mengambil bahagian.
PERIKSA: Tun Juhar menaiki kenderaan khas memeriksa perbarisan kontinjen yang mengambil bahagian.
 Upacara perbarisan diiringi kumpulan pancaragam ATM.
PANCARAGAM: Upacara perbarisan diiringi kumpulan pancaragam ATM.

KOTA KINABALU: 58 kontinjen mengambil bahagian dalam upacara perbarisan sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Padang Merdeka di sini semalam.

17 kontinjen mewakili pasukan berpakaian seragam rasmi manakala selebihnya adalah terdiri daripada jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam, swasta serta komersial, IPTA dan IPTS, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan etnik.

Jabatan Perhutanan Sabah dinobatkan johan bagi kategori jabatan kerajaan berpakaian rasmi dikuti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di tempat kedua dan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di tempat ketiga.

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar memenangi kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian rasmi, naib johan disandang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Kerja Raya di tempat ketiga.

Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Jabatan Keretapi Negeri Sabah dan Jabatan Ketua Menteri masing-masing menduduki tempat keempat hingga tujuh.

Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pula dimenangi Akedemi Jahitan Kota Kinabalu diikuti Majlis Belia Sabah dan Gabungan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Sabah bagi tempat kedua dan ketiga.

Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) memenangi kategori swasta dan komersial manakala Kumpulan Yayasan Sabah ditempat kedua dan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah di tempat ketiga.

Tempat pertama pula dimenangi North Borneo University College bagi kategori IPTA dan IPTS diikuti MASHA College Sabah dan Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi naib johan dan tempat ketiga.

Acara perbarisan dimulakan seawal jam 7 pagi dikuti ketibaan Tun Juhar dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni pada kira-kira jam 8 pagi sebelum disusuli lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku yang turut diiringi tembakan meriam sebanyak 17 das oleh Rejimen ke-6 Artileri Diraja.

Perbarisan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.

Tun Juhar seterusnya menyaksikan lintas hormat perbarisan pasukan berpakaian seragam sebelum menaiki kenderaan khas memeriksa perbarisan kontinjen yang mengambil bahagian.

Sejurus selepas itu, Tun Juhar kembali ke pentas utama untuk memotong pulut kuning sempena sambutan harijadi rasminya sambil disaksikan Norlidah, Hajiji dan Dr Joachim.

Hadirin kemudiannya diserikan dengan persembahan khas Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah sempena sambutan harijadi rasmi Tun Juhar.

Tuan Yang Terutama (TYT) kemudian berangkat pulang pada kira-kira jam 9 pagi untuk upacara seterusnya di Istana Seri Kinabalu iaitu pengurniaan darjah kebesaran, pingat dan bintang negeri Sabah.

  • oleh
  • Advertisement