Anda di sini

VAR dipercayai jejaskan ‘kegembiraan’ bola sepak: Henry

Advertisement
Seorang pengadil memeriksa skrin VAR dalam satu perlawanan Liga Negara UEFA di Stadium Wembley pada 26 September lalu. — Gambar AFP
Seorang pengadil memeriksa skrin VAR dalam satu perlawanan Liga Negara UEFA di Stadium Wembley pada 26 September lalu. — Gambar AFP

LONDON: Bekas bintang bola sepak Perancis dan kelab Arsenal, Thierry Henry, percaya masa yang diambil untuk mencapai keputusan ketika menggunakan video bantuan pengadil (VAR) telah membunuh “kegembiraan” bola sepak.

Henry, yang memenangi Piala Dunia bersama Perancis pad 1998, berkata pada Rabu bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan teknologi secara prinsipnya tetapi kecewa dengan kepantasan semakan berbanding sukan lain.

Penjaring rekod gol Arsenal berusia 45 tahun itu merasakan bahawa VAR menimbulkan lebih banyak kontroversi dan tidak mengurangkan pertikaian tentang keputusan pengadil.

“Dalam bola sepak, kita masih ketinggalan, kita masih begitu banyak yang perlu dipelajari,” kata Henry semasa persidangan perniagaan sukan Leaders Week di London.

“Apa yang saya lihat dalam bola sepak (asal) Amerika, dalam ragbi, kriket atau apa jua, tenis sebagai contoh.”

Henry, yang sekarang merupakan penolong jurulatih skuad kebangsaan Belgium, menambah: “Dengan VAR, apa yang saya tidak suka ialah ia tidak cukup pantas. Dan ia masih keputusan seseorang dalam bilik atau di mana-mana mereka berada kerana bukan VAR yang membuat keputusan, VAR hanya melihat semula insiden.”

Henry berkata ketidaktentuan menyelubungi VAR menghalang pemain meraikan gol dengan serta-merta.

“Apa yang kita mahu lihat ialah permainan berlarutan,” katanya. “Satu lagi perkara yang sangat sukar bagi saya ialah saya biasa menjaringkan gol sebagai pemain. Kadang-kadang sekarang, anda tidak tahu jika anda boleh meraikan gol kerana perlu pengesahan VAR.

“Adakah saya melompat? Meraikan gol? Atau tidak perlu? Ia membunuh kegembiraan sukan ini.” — AFP
 

Advertisement