Anda di sini

Tuan rumah diingat peka aktiviti penyewa

Advertisement
Kelvin (kanan) menunjukkan gambar dua rumah sewa yang didakwa digunakan oleh penyewa untuk melakukan  aktiviti perlombongan mata wang kripto dan terlibat dalam kecurian elektrik.
Kelvin (kanan) menunjukkan gambar dua rumah sewa yang didakwa digunakan oleh penyewa untuk melakukan aktiviti perlombongan mata wang kripto dan terlibat dalam kecurian elektrik.

MIRI: Pemilik rumah yang menyewakan rumah mereka diingatkan supaya lebih peka dengan sebarang aktiviti mencurigakan yang dilakukan oleh penyewa, bimbing mereka terlibat kegiatan mencuri elektrik untuk perlombongan mata wang kripto.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Pujut, Kelvin Hii berkata, baru-baru ini pihaknya ada menerima dua
 aduan berhubung kes kecurian elektrik di rumah sewa.
"Dalam kes pertama, pemilik rumah dimaklumkan tentang kecurian elektrik selepas Sarawak Energy Berhad (SEB) dan polis menyerbu rumah itu dan mendapati premis tersebut digunakan untuk aktiviti perlombongan mata wang kripto dengan mencuri elektrik.
 
"Manakala dalam kes kedua, apabila pemilik rumah mengetahui  aktiviti yang dilakukan oleh penyewa serta kegiatan mencuri elektrik, kontrak sewaan telah ditamatkan dengan serta-merta," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Kelvin, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kes kecurian elektrik meningkat dan ia telah menyebabkan kerugian besar kepada syarikat pembekal tenaga elektrik.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemilik rumah yang menyewakan rumah mereka kepada individu lain supaya lebih kerap memeriksa rumah sewa mereka untuk mengelak kejadian tidak diingini seperti ini berlaku kerana ia boleh menimbulkan lebih banyak masalah dengan pihak berkuasa di kemudian hari.

Katanya, di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, pesalah yang ditangkap mencuri elektrik akan berdepan hukuman tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan orang awam supaya tidak mengusik meter elektrik kerana ia bukan sahaja melanggar undang-undang malah boleh mengundang risiko kepada kebakaran elektrik.
 

  • oleh
  • Advertisement