Anda di sini

Sabasco, sos cili terbaik segar dari ladang

Advertisement
 sos cili “AI Tok Sai” yang penuh dengan perisa manis dan pedas cili sebenar semestinya menjadi pelengkap makanan yang perlu dimiliki setiap isi rumah.
SEDAP: sos cili “AI Tok Sai” yang penuh dengan perisa manis dan pedas cili sebenar semestinya menjadi pelengkap makanan yang perlu dimiliki setiap isi rumah.
 Sos Cili Sabasco kini boleh didapati di restoran SugarBun dan Pezzo di Sabah dan Sarawak.
MANTAP: Sos Cili Sabasco kini boleh didapati di restoran SugarBun dan Pezzo di Sabah dan Sarawak.

Sabasco, produk jenama tempatan yang dimiliki Borneo Oil Group memastikan penggunaan cili asli sebagai ramuan utama dalam penghasilan produk. 

Tidak seperti pengeluar lain, penggunaan teknologi ubahsuai secara genetic (GMO) untuk meningkatkan pengeluaran dan menambah perasa dalam produk keluaran khususnya dalam sektor barang pengguna cepat laris (FMCG) bukanlah pilihan Sabasco.

Berani ke hadapan, Sabasco menyediakan hanya bahan terbaik segar dari ladang sahaja yang digunakan dalam proses penghasilan produk ini.

Syarikat yang berasal dari Borneo iaitu Borneo Oil Group sudah lama mengenalpasti potensi Borneo sebagai lokasi yang mampu menghasilkan pelbagai produk asli dan unik untuk dipasarkan ke seluruh dunia.

Penghasilan sos cili Sabasco adalah idea di sebalik Pengarah Urusan Borneo Oil, Datuk Joseph Ambrose Lee, dimana beliau mengimbau detik manis menikmati sos cili asli di seluruh Sabah. 

Datuk Ambrose berkongsi betapa mudahnya cili tempatan yang lazat dan pedas menyengat didapati di pasaran dahulu dan kini rasa cili tempatan sudah berkurang dan sukar untuk didapati.

Menurutnya, sos cili Sabah yang dinikmatinya dahulu mempunyai rasa cili asli dan aroma yang tersendiri dan mudah untuk didapati. 

Beliau juga berkongsi cili api atau lada Momporok dari Kunak dan Lahad Datu sangat terkenal dengan aroma dan rasa uniknya.

“Disinilah tercetusnya misi dan visi untuk memperkenalkan identiti sos cili Sabah kepada seluruh dunia.

“Namun, pertanian komersial mendorong pengeluaran cili kacukan, dimana rasanya adalah tidak setanding cili yang ditanam secara tradisional.

“Yakin dengan identiti dan keunikan lada asli Sabah, Borneo Oil menanam misi untuk memastikan baka cili asli seperti mamporok tidak pupus,” katanya.

Beliau berkata hasrat Sabasco untuk menakluki pasaran Global sememangnya bukan angan-angan sahaja, ini dibuktikan dengan kejayaan Lingahm sebagai salah satu sos cili terlaris di dunia, dimana produk Lingham boleh didapati di lebih 20 buah negara. 

“Kejayaan Lingahm adalah salah satu sumber aspirasi bagi Sabasco dan penghasilan sos cili Sabasco menekankan kualiti dimana cili Memporok segar sahaja dijadikan sebagai ramuan utama.  

“Nilai pasaran global untuk lada adalah dianggarkan mencecah USD5 Billion , Sabah semestinya akan mendapat manfaat melalui usaha Sabasco.

“Disamping usaha menghasilkan produk tempatan, Sabasco berharap untuk meningkatkan sektor pertanian dengan membuka peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk tempatan dan beraspirasi untuk menjadi platform menembusi pasaran antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata Sabasco memperkenalkan produk baharu di Pasaran iaitu sos cili ‘A1 Tok Sai’ yang berbeza dengan produk sos cili lain.

“Tidak seperti produk sos cili lain yang ada di pasaran, A1 Tok Sai sememangnya penambah perasa yang betul-betul mantap dengan gabungan identiti rasa pedas cili Momporok.

“‘Tok Sai’ adalah perkataan daripada dialek Hakka yang bermaksud ‘Terbaik’ ataupun ‘Saya Suka’.

“Sos cili “A1 Tok Sai “ sememangnya sos cili terbaik pilihan tempatan, belum cuba belum tahu, rasai kepedasan A1 Tok Sai yang betul-betul lazat sekarang!

“Kelazatan sos cili “AI Tok Sai” yang penuh dengan perisa manis dan pedas cili sebenar semestinya menjadi pelengkap makanan yang perlu dimiliki setiap isi rumah,” katanya.

Menurutnya Sabasco bakal mengadakan aktiviti pemasaran di outlet terpilih pada bulan Oktober ini. 

Tambahnya Sos Cili Sabasco kini boleh didapati di restoran SugarBun dan Pezzo di Sabah dan Sarawak selain menempah secara atas talian menerusi webstore dan Shopee. Layari www.sabasco.com untuk pembelian dan maklumat lanjut.

  • oleh
  • Advertisement