Anda di sini

Sabah rekod 171 jangkitan COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 171 jangkitan baharu COVID-19 dengan pertambahan 12 kes berbanding jumlah pada hari sebelum ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata hanya tiga daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan iaitu Kuala Penyu, Tambunan dan Telupid bagi tempoh 24 jam yang lalu.

“Ibu negeri kekal sebagai daerah penyumbang jangkitan harian tertinggi dengan 40 kes diikuti Tawau 18 kes, Penampang 14 kes, Tuaran 13 kes dan Lahad Datu 11 kes.

“170 daripada 171 kes dilihat berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala satu kes dalam Kategori 5,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement