Anda di sini

Polis siasat dakwaan lelaki ceroboh sekolah rendah

Advertisement
ZAIDI
ZAIDI

KOTA KINABALU: Polis giat menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang lelaki yang menceroboh masuk sebuah sekolah rendah di Inanam disini.

Berdasarkan laporan, suspek lelaki terbabit didakwa memasuki sekolah berkenaan sebanyak dua kali masing-masing pada Isnin dan Selasa lalu.

Kejadian pertama apabila lelaki yang tidak dikenali itu dikatakan masuk ke tandas sekolah berkenaan sebelum menawarkan gula-gula kepada seorang murid perempuan.

Murid tahun empat terbabit yang curiga dengan kehadiran lelaki itu bagaimanapun enggan menerima gula-gula berkenaan.

Bagi kejadian kedua, lelaki itu sekali lagi dilihat berada di tangga surau dan kehadirannya disedari seorang murid lelaki yang hendak ke tandas.

Lelaki terbabit kemudiannya dikatakan terus melarikan diri ke belakang kawasan tandas lelaki sekolah berkenaan.

Disebabkan bimbang dengan insiden mencurigakan itu, pihak  msekolah kemudiannya bertindak membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit.

Beliau berkata pihaknya sudah menerima laporan daripada pihak sekolah di Balai Polis Inanam.

“Bertindak dengan laporan, pihak polis hadir ke sekolah berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan

"Setakat ini, suspek masih belum dikenalpasti dan pasukan polis dari Balai Polis Inanam dan unit kereta peronda (MPV) turut diarahkan untuk meningkatkan rondaan di kawasan sekitar,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement