Anda di sini

Pekerja kantin melecur, dapur memasak terbakar

Advertisement
 Keadaan kenderaan MPV yang terbakar di Jalan Bundusan di sini.
TERBAKAR: Keadaan kenderaan MPV yang terbakar di Jalan Bundusan di sini.

TUARAN: Seorang pekerja kantin melecur di bahagian tangan selepas dapur tempat memasak terbakat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kebakaran bagaimanapun sempat dipadam oleh sepasukan pelajar yang juga Kadet Bomba di sekolah terbabit.

Katanya kejadian berjaya dipadam menggunakan alat pemadam api yang tersedia di sekolah berkenaan.

“Kejadian menyebabkan seorang wanita yang juga pekerja kantin melecur di bahagian tangan dan mangsa sudah dihantar ke hospital oleh pihak pengurusan sekolah bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pihak Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran yang tiba di lokasi menjalankan operasi memeriksa di kawasan kebakaran untuk memastikan tiada unsur bahaya lain.

“Operasi terkawal pada jam 10.42 pagi dan operasi keseluruhan kemudiannya ditamatkan jam 10.50 kemudian,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) musnah terbakar di Jalan Bundusan Penampang kira-kira jam 6.55 petang.

Sepasukan Bomba dari BBP Penampang menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera bomba dan kebakaran berjaya dikawal jam 7.20 malam.

Kejadian bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada pemandu.

  • oleh
  • Advertisement