Anda di sini

Limbang berpotensi jadi hab usahawan desa di Sarawak: Hasbi

Advertisement
Hasbi (empat kiri) bersama tetamu lain pada tapak Mini KUD@Limbang, hari ini.
Hasbi (empat kiri) bersama tetamu lain pada tapak Mini KUD@Limbang, hari ini.

LIMBANG: Utara Sarawak khasnya Limbang berpotensi untuk dijadikan hab usahawan desa di negeri ini pada masa depan. 

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Hasbi Habibollah menyasarkan matlamat itu susulan sambutan luar biasa pada Mini Karnival Usahawan Desa (KUD)@Limbang di sini.

"Kita tengok jaringan perniagaan, kalau ada sambutan, apa yang patut dibuat kalau mendapat sambutan baik, sebab tu kita minta program ini diuar-uarkan. Hab perniagaan, Insya-Allah boleh kita buat," katanya ketika ditemui media di tapak Mini KUD@Limbang, hari ini.

Hasbi (empat kiri) dan tetamu lain bersama hadiah berupa sebuah motosikal untuk pemenang bertuah sempena Mini KUD@Limbang.
Hasbi (empat kiri) dan tetamu lain bersama hadiah berupa sebuah motosikal untuk pemenang bertuah sempena Mini KUD@Limbang.

Turut hadir ialah ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar KPLB Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Residen Limbang Sebi Abang.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, KUD bertujuan mempromosi dan mengangkat perniagaan usahawan, justeru karnival di sini menampilkan kelainan tersendiri.

"Di Limbang ada beberapa perkara kita hendak buat tambahan, satunya untuk industri pelancongan, produk  Limbang yang tidak ketengahkan.

"Malah, ada pengunjung  luar turut memuj  produk pelancongan yang ada di Limbang termasuk Jeti Santaba di Kampung Patiambun, ini kelainan yang kita bawa ke sini... rakyat dan agensi perlu membantu mempromosikan dan kita  tidak mahu ketinggalan," katanya lagi.

Jelas Hasbi, satu lagi kelainan Mini KUD@LImbang ialah penampilan Hab Sukan buat pertama kalinya yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.

Hab sukan katanya, mendapat sokongan Kelab Gimnasium Rakyat Limbang, Kelab Sukan Rekreasi SURE Muhibah, Kelab Belia Muhibah Kampung Pelita (BEMU) dan Kelab Belia Sehati Taman Indah (Kelab Belia Saganao Limbang) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sukan yang berdaftar secara sah di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

"Menerusi pelaksanaan Hab Sukan ini, para pengunjung berpeluang melihat dan menyertai pertandingan dart, aerobaton dan e-sukan iaitu PUBG dan Mobile Legend yang menyediakan hadiah menarik buat para pemenang. 

"Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstrasi 'jump rope' dan 'dodgeball' serta mendapatkan keperluan sukan serta keperluan sukan luar daripada usahawan-usahawan yang didatangkan khas untuk memeriahkan lagi program ini," ujarnya.

Mini KUD@Limbang di Kompleks Sukan Limbang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad.

Berbaki dua hari lagi, Hasbi mengajak penduduk di bahagian ini untuk datang memeriahkan karnival, sekali gus mencapai sasaran lebih 5,000 pengunjung sehari.

Mini KUD@Limbang bermula jam 8.30 pagi hingga 10 malam dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik termasuk hadiah lumayan berupa sebuah motosikal untuk pemenang cabutan bertuah.
 

  • oleh
  • Advertisement