Anda di sini

Letupan gas di Miri, lelaki cedera di kepala dan patah kaki

Advertisement
Anggota bomba membuat pemeriksaan sekitar lokasi kejadian letupan gas di premis tersebut.
Anggota bomba membuat pemeriksaan sekitar lokasi kejadian letupan gas di premis tersebut.

MIRI: Seorang lelaki mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki kanan akibat letupan gas bawah tanah yang berlaku di sebuah premis di Jalan Kwang Tung di sini, petang Jumaat. 

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian terbabit PADA kira-kira jam 2.23 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar tiga kilometer dari balai sejurus menerima panggilan terbabit. 

“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku letupan gas bawah tanah berpunca daripada ruang bahagian dinding dapur premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini. 

Ahmad Nizam berkata, semasa kejadian, mangsa seorang lelaki berusia 41 tahun sedang membuat pemeriksaan sendiri punca bau gas tersebut.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan patah kaki kanan akibat letupan. 

“Anggota bomba bertindak menutup sementara premis tersebut untuk kerja-kerja pemeriksaan punca sebenar kebocoran gas oleh Sarawak Gas Distributor,” ujarnya. 

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital oleh adiknya dan operasi bomba tamat pada jam 3.27 petang. 
 

  • oleh
  • Advertisement