Anda di sini

Kelindan parah, pertembungan tiga kenderaan

Advertisement
 Keadaan salah sebuah kenderaan selepas terlibat kemalangan di Jalan Kindu Betutai di sini.
BERTEMBUNG: Keadaan salah sebuah kenderaan selepas terlibat kemalangan di Jalan Kindu Betutai di sini.

TUARAN: Seorang kelindan lori mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Kindu Betutai di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian jam 9.17 pagi itu membabit pertembungan lori lapan tan yang membawa muatan simen, lori 10 tan muatan kosong dan sebuah kenderaan jenis sedan.

“Kemalangan menyebabkan seorang mangsa yang juga kelindan lori lapan tan mengalami kecederaan parah selepas tersepit di tempat duduk hadapan.

“Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian dan dihantar ke hospital menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata sebaik memastikan lokasi kejadian bebas dari unsur bahaya lain, operasi ditamatkan jam 9.40 pagi kemudian.

  • oleh
  • Advertisement