Anda di sini

Kecederaan di dalam lima liga utama di Eropah melonjak 20%

Advertisement
Neymar mengerang kesakitan selepas dijatuhkan semasa perlawanan persahabatan di antara Brazil dan Tunisia di Stadium Parc des Princes di Paris pada 27 September lalu. — Gambar AFP
Neymar mengerang kesakitan selepas dijatuhkan semasa perlawanan persahabatan di antara Brazil dan Tunisia di Stadium Parc des Princes di Paris pada 27 September lalu. — Gambar AFP

LONDON: Kecederaan di dalam lima liga utama di Eropah melonjak kepada 20 peratus pada musim 2021/2022, menurut satu tinjauan dikeluarkan pada Rabu, ketika perdebatan meningkat tentang jadual padah kalendar bola sepak menjelang Piala Dunia 2022.

Tinjauan oleh broker insuran, Howden, mendapati kelab-kelab membayar harga tertinggi untuk kecederaan dengan nilai 513 juta pound musim lepas.

Kos kecederaan diambil kira dengan menggandakan  kos setiap hari seorang pemain dengan jumlah hari mereka tidak dapat bermain kerana kecederaan.

Kesatuan pemain bola sepak dunia (FIFPRO) berkata struktur harus disediakan untuk menghadkan beban bermain pemain.

Buat kali pertama tahun ini, satu kempen bola sepak Eropah akan diganggu pada pertengahan musim oleh Piala Dunia, menyebabkan jadual padat di antara kejohanan di Qatar, yang bermula pada 20 November.

Badan induk bola sepak Eropah (UEFA) menambah jumlah perlawanan kompetetif dengan tambahan kejohanan Liga Negara UEFA dalam jadual antarabangsa mereka dan ia membesarkan lagi pertandingan  kelab-kelab di Eropah dari 2024.

Badan induk bola sepak dunia (FIFA) juga akan menyusul, dengan penyertaan pasukan di Piala Dunia ditambah kepada 48 pasukan dari 2026.

Liga  Perdana Inggeris memiliki kos kecederaan tertinggi dari mana-mana lima liga terbaik Eropah dengan hampir 185 juta pound, diikuti La Liga Sepanyol dengan 109 juta pound.

Juara bertahan Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) mempunyai kos kecederaan tertinggi untuk mana-mana kelab di Eropah pada 34 juta  pound.

Kecederaan dalam Liga Perdana Inggeris naik kepada 1,231 pada 2021/2022 berbanding 938 pada musim sebelumnya.

Keputusan tetap membenarkan lima pertukaran pemain oleh badan penggubal undang-undang bola sepak (IFAB) direka untuk mengurangkan beban bermain untuk pemain.

Tetapi FIFPRO menggesa FIFA untuk meningkatkan lagi tempoh wajib rehat empat minggu dalam penutup musim dan rehat pertengahan musim dua minggu untuk setiap pemain. — AFP
 

Advertisement