Anda di sini

Wiramuda terus menyantuni penduduk, warga emas

Advertisement
 Shau (tiga kanan) bersama rombongan mewakili Dr Jeffrey mengagihkan bakul makanan semasa program itu.
AGIH: Shau (tiga kanan) bersama rombongan mewakili Dr Jeffrey mengagihkan bakul makanan semasa program itu.



KENINGAU: Ketua Wiramuda dalam Penyelaras Kuota Cina Parlimen Keningau terus menyantuni dan menjelajah ke beberapa kawasan masyarakat Tionghua sambil mengagihkan barangan keperluan harian kepada penduduk warga emas serta penduduk memerlukan.


Ketuanya, Lion Shau yang mewakili Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan mengetuai misi murni itu di Kampung Jalan Batu 27-Jalan Keningau Tenom baru-baru ini.


Seorang warga emas Chong Yee Yin @ Mary Chong, 75, mengucapkan syukur dan ribuan terima kasih diatas bantuan yang di terima.

 
“Terima kasih banyak kepada Dr Jeffrey walaupun tidak dapat bertemu namun anak muda yang penuh dedikasi dan niat baik telah sampai dan terus menyantuni kami, “ katanya.


Turut bersama pada program lawatan tersebut adalah beberapa orang daripada ahli jawatankuasa Penyelaras Parlimen STAR Sabah Kuota Cina yang diketuai oleh Dr James Liew.

 

  • oleh
  • Advertisement