Anda di sini

Salur peruntukan besar pembangunan infra kepada Sabah dalam Bajet 2023: Zainuddin

Advertisement
ZAINUDDIN SABU
ZAINUDDIN SABU



KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diharap dapat menyalurkan peruntukan yang besar kepada Sabah dalam Bajet 2023 akan datang bagi membangunkan lagi kemudahan infrastruktur di Sabah terutama di kawasan luar bandar.


Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Beluran, Zainuddin Sabu (gambar) berkata, kerajaan perlu memberi keutamaan terhadap prasarana jalan raya khususnya di kampung-kampung pedalaman yang sebahagian besar masih belum dinaiktaraf.


Jelasnya, situasi itu memberi kesukaran kepada masyarakat di luar bandar untuk mengeluarkan hasil pertanian masing-masing dan juga aktiviti harian lainnya yang memberi kesan terhadap kegiatan ekonomi memandangkan ianya merupakan satu-satunya sumber mereka.


Dalam pada itu juga Zainuddin turut meminta kerajaan Persekutuan untuk memperluaskan program Jalinan Digital Negara (JENDELA) khususnya di kawasan Beluran memandangkan sebahagian besar kawasan tersebut belum mempunyai jaringan telekomunikasi yang baik.


Lebih menyedihkan katanya, ada kawasan-kawasan yang terpencil dan jauh seperti di kawasan Sugut yang belum mendapat akses kepada jaringan telekomunikasi dan situasi itu jelas menggambarkan jurang yang besar kawasan luar bandar yang lain.


Masih mengenai Bajet 2023, beliau juga berharap kerajaan dapat mewujudkan prasarana sukan untuk para belia di kawasan Beluran bagi memastikan mereka dapat mengilap bakat dan kemungkinan mewakili ke peringkat yang lebih jauh.


Ada sebahagian yang sudah memiliki prasarana sukan pula, perlu dipertimbang untuk dinaiktaraf demi keselesaan serta kemudahan para belia yang secara tidak langsung memberi gambaran kerajaan tidak meminggirkan golongan belia.

  • oleh
  • Advertisement