Anda di sini

Salur peruntukan besar kepada Sabah dalam Bajet 2023

Advertisement
HAJI YAZID HAJI MOHD HASNAN TAWIK
HAJI YAZID HAJI MOHD HASNAN TAWIK



KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diharap dapat menterjemahkan konsep Keluarga Malaysia dalam Bajet 2023 akan datang dengan menyalurkan peruntukan besar kepada negeri Sabah demi kesejahteraan rakyat.


Ketua Biro Pendidikan Parti STAR Bingkor, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik (gambar) berkata, Sabah terutama di luar bandar dan pedalaman masih ketinggalan dalam aspek pembangunan prasarana seperti jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kemudahan lain berbanding negeri lain.


Justeru kerajaan perlu memberi keutamaan kepada Sabah dalam bajet nanti memandangkan banyak keperluan yang mendesak perlu dibangunkan agar seiring dengan kawasan pedalaman di negeri-negeri lain.


Dalam pada itu juga, Haji Yazid turut berharap kerajaan akan memberi penekanan terhadap golongan belia menerusi Bajet 2023 dengan memberikan lebih banyak latihan-latihan kemahiran bagi memastikan mereka dapat memenuhi keperluan permintaan pelbagai sektor.


Usaha tersebut katanya, dapat memastikan belia-belia meraih dan menjana pendapatan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi bukan sahaja di daerah malah negeri serta negara.


Beliau turut berharap kerajaan Persekutuan akan meneruskan semua program-program subsidi sebelum ini kerana ia amat membantu golongan sasar memandangkan ekonomi semasa belum stabil akibat pandemik.

  • oleh
  • Advertisement