Anda di sini

Richarlison dibaling dengan pisang

Advertisement
Sebahagian dari babak-babak aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Tunisia dan Brazil di Stadium Parc des Princes di Paris. — Gambar AFP
Sebahagian dari babak-babak aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Tunisia dan Brazil di Stadium Parc des Princes di Paris. — Gambar AFP

PARIS: Richarlison menjadi sasaran dibaling dengan pisang dari penonton ketika Brazil membelasah Tunisia 5-1 dalam satu perlawanan persahabatan di Paris pada Selasa sementara Neymar menghampiri rekod gol sepanjang zaman Pele untuk Brazil.

Perlawanan di Parc des Princes juga terhenti seketika dalam separuh masa pertama apabila dua insiden penonton mengacu pancaran laser ke arah pemain Brazil.

“Malangnya, sebiji pisang dibaling ke dalam padang ke arah Richarlison, penjaring gol kedua Brazil,”  kata badan induk bola sepak Brazil (CBF) dalam laman sosial Twitter.

“CBF menegaskan semula kedudukannya untuk menangani perkauman dan mengutuk sebarang tindakan prejudis.”

Brazil mempamerkan penguasaan permainan dalam separuh masa pertama pada perlawanan persediaan terakhir mereka sebelum ke Qatar untuk Piala Dunia 2022, dengan Raphinha menjaringkan dua gol dan Neymar kini kurang dua gol dari rekod Pele.

Richarlison juga menjaringkan gol sementara Pedro menjaringkan gol sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua sebelum membalas cemuhan dan balingan objek oleh penonton dengan memberikan tunduk hormat di hadapan mereka ketika meraikan golnya.

“Ia memalukan, ia sukar untuk melihat situasi seperti ini,” kata kapten Brazil, Thiago Silva, di mana pasukannya bergambar sebelum perlawanan dengan sepanduk membawa pesanan anti perkauman.

“Malangnya, ia kelihatan bahawa kita tidak dapat mengubah mentaliti seseorang.

“Saya berharap mereka menyedari bahawa ia tidak berhasil, sebelum  ini, kita harus berubah. Malangnya, ada orang masih dengan mentaliti seperti ini.”

Brazil akan bertandang ke Piala Dunia Qatar untuk perlawanan pembukaan mereka dalam Kumpulan G menentang Serbia pada 24 November dengan rekod 15 perlawanan tanpa kalah, sejak tewas di final Copa Amerika kepada Argentina  tahun lepas.

Perlawanan tegang dijangkakan apabila sejumlah besar penonton Tunisia mengejek lagu kebangsaan Brazil sebelum sepak mula.

“Saya hairan, saya berkata ‘Tidak, ia tidak hormat’. Bola sepak adalah satu sukan mempromosi sikap baik,” kata jurulatih Brazil, Tite.

Brazil membuka jaringan pada minit ke-12 apabila Casemiro melambung bola dan Raphinha melakukan tandukan melepasi penjaga gol Tunisia, Aymen Dahmen.

Tunisia bagaimanapun mengikat kedudukan enam minit kemudian apabila Montassar Talbi menanduk masuk satu tendangan percuma Anis Slimane.

Namun Brazil kembali di hadapan kurang seminit selepas itu apabila Raphinha mengumpan bola kepada Richarlison untuk gol ketiganya dari dua perlawanan, selepas dua gol ketika menentang Ghana.

Penyerang kelab Tottenham itu meraikan golnya di hadapan penyokong Tunisia, yang membalas dengan membaling sebiji pisang dan cawan plastik ke arahnya.

Fred menentang pisang itu keluar dari padang sebelum pengawal keselamatan mula ditambah di kawasan itu.

Brazil hampir menjaringkan gol ketiga apabila Paqueta melakukan larian cantik sebelum rembatanya ditepis Dahmen.

Tetapi dari satu tendangan sudut, Casemiro dijatuhkan dalam kotak penalti, membolehkan Neymar menjaringkan gol antarabangsa ke-75 dari tendangan penalti, walaupun dia menjadi mangsa pancaran laser.

Brazil terus merobek pertahanan Tunisia dan Raphinha menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-40 dengan rembatan dari hujung kotak penalti.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Tunisia sebelum rehat apabila Dylan Broon pula mengasari Neymar dan dibuang padang selepas sedikit perbalahan di antara kedua-dua pasukan.

Tunisia mempamerkan aksi lebih baik dalam separuh masa kedua tetapi Brazil melengkapkan jaringan menerusi gol sulung Pedro bersama Brazil. — AFP
 

Advertisement