Anda di sini

Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bahagian Limbang santuni penduduk Kampung Bakol

Advertisement
(Duduk tengah, dari kiri) Kassim, Hamidah dan Adrus bersama sukarelawan JKM pada Program Outreach Komuniti Prihatin di Kampung Bakol baru-baru ini.
(Duduk tengah, dari kiri) Kassim, Hamidah dan Adrus bersama sukarelawan JKM pada Program Outreach Komuniti Prihatin di Kampung Bakol baru-baru ini.

LIMBANG: Ahli-ahli Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bahagian Limbang menyantuni penduduk yang memerlukan di Kampung Bakol melalui aktiviti gotong-royong, baru-baru ini.

Program  Outreach Komuniti Prihatin di Kampung Bakol anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu menjadi medan untuk menerangkan khid­mat kebajikan yang disediakan jabatan itu, selain memupuk budaya penyayang melalui aktiviti sukarelawan.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bahagian Limbang Adrus Tahir berkata, selain menyantuni warga emas dan golongan kelainan upaya (OKU), program  itu dapat  menggerakkan sukarelawan dalam masyarakat, memperkasa kumpulan sasar, meuar-uarkan perkhidmatan kebajikan, memupuk semangat sukarelawan dan menggalakkan kolaboratif pelbagai agensi.

Program itu katanya, memberi peluang kepada ahli-ahli sukarelawan menabur bakti dengan membersihkan rumah golongan sasar yang juga penerima bantuan bulanan JKM.

"Penglibatan masyarakat secara menyeluruh bersama kerajaan dalam kerja dan aktiviti kebajikan penting dan perlu digalakkan agar ia menjadi tangungjawab bersama," katanya pada program itu.

Turut hadir ialah wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi dan dan Ketua Kampung Bakol Kassim Adam.
 

  • oleh
  • Advertisement