Anda di sini

Penduduk luar bandar harap peruntukan lebih besar disediakan dalam Bajet 2023

Advertisement
 

MUKAH: Penduduk di kawasan luar bandar Sarawak mengharapkan peruntukan lebih besar untuk pembangunan dan infrastruktur dalam Bajet 2023.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi (gmbar) berkata, perkara yang perlu diberikan tumpuan adalah kemudahan asas, sekolah daif serta perkhidmatan Internet.

"Kemudahan seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya masih perlu diberi perhatian oleh kerajaan pusat," katanya kepada Utusan Borneo.

Menurutnya, sebagai salah seorang wakil rakyat di kawasan luar bandar, perkara itu adalah asas serta keperluan dalam kehidupan penduduk luar bandar sebelum mereka dapat memikirkan perkara-perkara lain.

Sementara itu katanya, isu sekolah daif yang kebanyakannya terletak di luar bandar juga harus segera diselesaikan.

"Ini kerana pelajar-pelajar di luar bandar tidak seharusnya kerap dijadikan alasan untuk ketinggalan disebabkan perkara itu.

"Seterusnya, capaian Internet juga perlu ditambah baik sama ada dari segi kualiti mahupun liputan perkhidmatanya," jelas beliau.

Abdul Yakub berkata, kemudahan Internet ketika ini amat berkaitan dengan pendidikan dan ekonomi penduduk setempat.

Katanya, mereka tidak mampu untuk terus ketinggalan dalam kedua-dua perkara itu jika mahu mencapai negara maju menjelang 2030 nanti.

Bajet 2023 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini.
 

  • oleh
  • Advertisement