Anda di sini

Pelan Strategik Pembugaran USIA seiring SMJ

Advertisement
 Sapawi (kanan) bersalam dengan Hajiji sempena kunjungan hormat itu.
KUNJUGAN HORMAT: Sapawi (kanan) bersalam dengan Hajiji sempena kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU:  Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Hj Ahmad, bersama kepimpinan tertinggi pertubuhan itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor di pejabatnya di sini.

Dalam kunjungan itu, beliau menyerahkan surat jemputan kepada Ketua Menteri untuk melancarkan Pelan Strategik Pembugaran USIA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada 15 Oktober ini.

Sapawi berkata, Pelan Strategik Pembugaran USIA itu dirangka seiring dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menurutnya, pada sebelah pagi hari berkenaan, USIA mengadakan program Wacana Pemikir 1.0 untuk membincangkan Fiqh Media Sosial bertajuk `Media Sosial vs Dakwah'. 

Ia akan disampaikan oleh Prof Madya Dr. Ts Nur Izura Udzir dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM.  Beliau juga merupakan Pengerusi SALWA dan Naib Presiden WADAH.

"Semoga kesatuan fikrah dalam pelan strategik ini mendapat sokongan semua pihak untuk mengembalikan kegemilangan USIA khususnya dalam dunia dakwah dan tarbiyah.

"Kami juga sempat membincang beberapa perkara penting untuk mendapatkan sokongan dan perkenan Ketua Menteri untuk kemaslahatan USIA secara menyeluruh," katanya.

Advertisement