Anda di sini

Pelajar dipelawa hantar karya inovatif untuk HONOR Themes

Advertisement
HONOR Talents mencari karya terbaik pelajar institutsi pengajian tinggi tempatan untuk aplikasi HONOR Themes.
HONOR Talents mencari karya terbaik pelajar institutsi pengajian tinggi tempatan untuk aplikasi HONOR Themes.

KUCHING: HONOR Talents mencari karya terbaik pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk aplikasi HONOR Themes dengan menawarkan hadiah bernilai sehingga RM70,000.

Anugerah HONOR Talents Global Design 2022 komited untuk mengetengahkan bakat anak muda dalam bidang seni. 

Sasarannya adalah untuk menggerakkan sumber-sumber HONOR bagi menyokong, memperkasa dan menggalakkan lebih banyak rekaan inovatif.

Penyertaan-penyertaan dari Malaysia.
Penyertaan-penyertaan dari Malaysia.

Bertemakan ‘Inspire The Future’, hasil karya seni terbaik daripada pelajar kolej dan universiti tempatan berpeluang diketengahkan dalam aplikasi HONOR Themes.
 
Peserta digalakkan untuk menghantar hasil karya seni mereka ke laman sesawang rasmi HONOR sebelum 7 Oktober 2022. 

Penyertaan-penyertaan dari Malaysia.
Penyertaan-penyertaan dari Malaysia.

Pemenang akan dipilih oleh barisan panel hakim yang terdiri daripada jurugambar terkenal dan profesional di dunia.

Penyertaan-penyertaan dari Malaysia.
Penyertaan-penyertaan dari Malaysia.

Peserta bebas menghasilkan apa-apa sahaja bentuk dan corak seni yang asli seperti abstrak, warna komplimentari, seni grafik, gouache, kinetic dan mozek.

Melalui pertandingan ini juga, para peserta boleh berbangga kerana hasil rekaan mereka akan mewakili Malaysia untuk bersaing dengan karya terbaik luar negara. 

Penyertaan-penyertaan dari Malaysia.
Penyertaan-penyertaan dari Malaysia.

Ganjaran bernilai sehingga RM70,000 termasuk produk terbaharu HONOR 70, HONOR MagicBook 14 2022, HONOR Pad 8 dan HONOR Earbuds 3 Pro menanti para peserta.

Kepada pereka-pereka di luar sana, serlahkan bakat anda dan banggakan Malaysia.

Untuk menghantar rekaan atau mendapatkan maklumat lanjut tentang Anugerah HONOR Talents Global Design 2022, sila layari laman sesawang rasmi: https://www.hihonor.com/honor-talents/my/.

Dalam pada itu, HONOR Malaysia bekerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi antaranya Era Technology Communication Art & Design, Universiti Multimedia (MMU), Taylor's University, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi memberi galakan kepada pelajar untuk menghasilkan lakaran seni yang paling inovatif. 
 

Advertisement