Anda di sini

Majlis angkat sumpah Kelab Rotary Tawau pada Sabtu ini

Advertisement
 Vivian (tiga kanan) menyampaikan surat jemputan kepada Chin Cheng.
JEMPUTAN: Vivian (tiga kanan) menyampaikan surat jemputan kepada Chin Cheng.

TAWAU: Kelab Rotary Tawau akan mengadakan majlis angkat sumpah ahli jawatankuasa kali Ke-55 untuk tahun 2022-2023 pada Sabtu ini.

Presidennya, Vivian Thien berkata majlis ini diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di daerah ini dan dihadiri beberapa tetamu kehormat Kelab Rotary dari seluruh Malaysia.

“Kami sangat bersyukur kerana bakal mengadakan majlis ini secara bersemuka selepas lama tergendala akibat pandemik COVID-19.

“Semua ahli Kelab Rotary Tawau sangat teruja untuk menghadiri majlis tersebut kerana berpeluang berjumpa secara bersemuka seperti sebelum pandemik,” katanya.

Menurutnya, majlis itu turut dihadiri dua mantan Gabenor Kelab Rotary Likas Bay, Datuk Lee Chuen Wan dan Philip Chong; Bakal Gabenor Kelab Rotary, Dr John Chan; Presiden dan ahli Kelab Rotary Johor Bahru serta Presiden dan ahli Kelab Rotary Sentral Kuching.

Vivian berkata, pihaknya juga dengan sukacitanya menjemput para media untuk bersama-sama meraikan majlis itu nanti.

“Kami berharap majlis angkat sumpah yang dijalankan secara bersemuka ini mendapat liputan daripada mana-mana media di daerah ini.

“Saya mewakili Kelab Rotary Tawau berharap kehadiran tetamu kehormat, ahli dan media dapat memeriahkan lagi majlis tersebut,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Gabenor, Datuk Jimmy Pang; Timbalan Presiden Kelab Rotary Tawau, Radaha Krishnan; Setiausaha dan Perhubungan Kelab Rotary Tawau, Nicholas Pang; Pengerusi Penganjur, Steven Tee dan Pengerusi Persatuan Pemberita Tawau (PPT), Tan Chin Cheng.

  • oleh
  • Advertisement