Anda di sini

Lelaki maut, tiga lagi cedera dalam kemalangan libatkan pikap dan lori di Jalan Bintulu-Miri

Advertisement
Pikap dan lori yang terlibat dalam kemalangan awal pagi hari ini.
Pikap dan lori yang terlibat dalam kemalangan awal pagi hari ini.

BINTULU: Seorang lelaki berusia 20 tahun maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak pikap dan sebuah lori di Batu 8 Jalan 
Bintulu-Miri awal pagi di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) zon Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, dalam kejadian 3.12 pagi itu, penumpang trak pikap itu cedera parah 
di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian apabila kenderaan mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori yang sedang parkir di tepi jalan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Alexander Adolf Anyi Chua Heng Chai.

Katanya, kedua-dua mangsa iaitu Alexander dan pemandu trak pikap Kennedy Beru, 21, dalam kejadian itu didapati tersepit dalam tempat duduk pemandu dan 
penumpang serta terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatanmenyelamat.

"Kennedy berjaya dikeluarkan pada 3.45 pagi, dengan didapati mangsa cedera parah dan tidak sedarkan diri seterusnya dibawa ke hospital dengan menaiki 
ambulans," ujarnya di sini hari ini.

Pada masa sama, Alexander dikeluarkan dari kenderaan yang remuk tersebut pada jam 4 pagi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Manakala pemandu dan kelindan lori sawit 10 tan tanpa muatan terbabit mengalami cedera ringan dan turut dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,"
jelasnya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 4.20 pagi.
 

  • oleh
  • Advertisement