Anda di sini

Kes baharu COVID-19 menurun kepada 159

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan penurunan 17 kes menjadikan hanya 159 kes baharu semalam berbanding 176 pada hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata jumlah kes positif itu disebabkan enam daerah yang merekodkan jangkitan baharu dua angka.

Katanya antara daerah terbabit termasuklah ibu negeri yang mencatatkan 50 kes diikuti Tawau 15 kes, Lahad Datu 13 kes, Papar 13 kes, Tuaran 12 kes dan Penampang 10 kes. 

“Pada masa sama lapan daerah di Sabah termasuk Beaufort, Kalabakan, Kinabatangan, Kota Belud, Kunak, Sipitang, Telupid dan Tongod menunjukkan keadaan baik apabila tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu.

“156 daripada 159 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua kes dalam Kategori 3 dan hanya satu kes dalam Kategori 4,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement