Anda di sini

Guna kod promosi Utusan Borneo untuk tonton filem JFF 2022 secara percuma

Advertisement
Poster Festival Filem Jepun (JFF) 2022.
Poster Festival Filem Jepun (JFF) 2022.

KUCHING: Penggemar filem Jepun kini boleh menonton filem Jepun secara percuma di GSC CityONE Megamall di sini semasa tayangan Festival Filem Jepun (JFF) 2022.

Festival Filem Jepun yang dinanti-nantikan itu kembali untuk kali kedua pada tahun ini dan akan diadakan dari 6 hingga 9 Oktober 2022.

Ia menawarkan filem-filem Jepun baharu dan terkenal daripada pelbagai genre yang akan memuaskan keinginan sinematik dan juga mengalu-alukan pendatang baru untuk merasai keindahan pawagam Jepun.

Dapatkan tiket percuma (terhad kepada 100 penebusan) untuk menonton filem JFF 2022 di Kuching menggunakan kod promosi Utusan Borneo iaitu JFFKUB0005LH5.

Filem bertemakan keluarga, "And So The Baton Is Passed" oleh Maeda Tetsu adalah berdasarkan novel yang memenangi Anugerah 16th Japan Booksellers pada 2019.
Filem bertemakan keluarga, "And So The Baton Is Passed" oleh Maeda Tetsu adalah berdasarkan novel yang memenangi Anugerah 16th Japan Booksellers pada 2019.

Penebusan bermula dari 29 September mulai tengah hari dan seterusnya melalui GSC Ticketing Kiosk, GSC e-Payment di www.gsc.com.my atau GSC Mobile Apps.

Ikuti cara-cara berikut untuk menggunakan kod promosi iaitu pertama, kod promosi mesti ditebus di halaman “Mod Pembayaran”.

Selepas memilih mod pembayaran anda, tandakan kotak “Adakah anda mempunyai Kod Promosi?”.

Kemudian, masukkan kod promosi anda dan klik “Serah” untuk menebus kod promosi anda.

Antara filem yang ditayangkan di JFF 2022.
Antara filem yang ditayangkan di JFF 2022.

Tertakluk kepada terma dan syarat iaitu terhad kepada 100 penebusan sahaja serta sah untuk filem JFF 2022, kecuali untuk tajuk GSCM ‘Just Remembering’.

Promosi sah untuk GSC Mid Valley Megamall, GSC 1 Utama, GSC NU Sentral, GSC Gurney Plaza, GSC Paradigm Mall JB, GSC CityONE Megamall, GSC The Spring, Kuching dan GSC Suria Sabah, Kota Kinabalu.

Selain itu, kod promosi menawarkan satu tiket wayang x 1 penebusan untuk setiap transaksi.

Antara filem yang ditayangkan di JFF 2022.
Antara filem yang ditayangkan di JFF 2022.

Tertakluk kepada ketersediaan tiket JFF 2022, berdasarkan siapa cepat dia dapat, sah sehingga 9 Oktober ini.

Terma dan syarat yang lain adalah kod promo termasuk yuran tempahan dan surcaj; kod promo tidak boleh ditukar dengan wang tunai; tidak sah dengan sebarang promosi, baucar dan/atau kad keistimewaan yang sedang berjalan dan GSC tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan/kerosakan kod promo.
 

Advertisement