Anda di sini

Bung adakan kunjungan ke Ibu Pejabat Polis Sabah

Advertisement
 Bung (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Idris (kiri) dan Jauteh (kanan) selepas kunjungan itu.
ALBUM: Bung (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Idris (kiri) dan Jauteh (kanan) selepas kunjungan itu.



KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin kelmarin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Kepayan.


Turut menyambut ketibaan Bung yang juga Menteri Kerja Raya Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun serta pegawai-pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.


Dalam pertemuan itu, pelbagai perkara dibincangkan antara isu keselamatan khususnya di Sabah selain beberapa cadangan antaranya cadangan menaiktaraf insfratuktur asas seperti bangunan-bangunan balai Polis dan kediaman anggota di seluruh daerah di negeri ini.


Selain itu turut disentuh ialah penglibatan komuniti setempat, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan yang lain dalam menjaga aspek keselamatan di komuniti masing-masing.

 
Dalam pada itu Bung turut menyambut baik beberapa cadangan yang dikongsikan bersama dan akan membawa ke pengetahuan kerajaan terutamanya dalam aspek menyediakan prasarana balai-balai polis termasuk kediaman anggota yang lebih kondusif.

  • oleh
  • Advertisement