Anda di sini

Beri tumpuan pendidikan dalam Bajet 2023: Grelydia

Advertisement
GRELYDIA GILLOD
GRELYDIA GILLOD



KOTA KINABALU: Kerajaan diminta supaya memberi keutamaan terhadap bidang pendidikan menjelang Bajet 2023 nanti bagi memastikan sistem pendidikan di negara ini sejajar dengan perkembangan semasa.


Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah, Grelydia Gillod (gambar) berkata, di Sabah amnya khususnya di Keningau masih terdapat banyak sekolah-sekolah daif yang perlu diberi perhatian kerana persekitaran yang kondusif menyumbang kepada perkembangan kecemerlangan.


Selain fasiliti (bangunan) sekolah, asrama-asrama yang daif juga perlu diberi perhatian kerana kebanyakan pelajar kawasan luar bandar bergantung dengan kemudahan itu lebih-lebih lagi mereka yang berada jauh dari sekolah.


Masih mengenai aspek pendidikan, Grelydia meminta kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan untuk menaikan kadar elaun kepada guru-guru khususnya di pedalaman negeri ini kerana ia merupakan satu-satunya yang perlu diberi perhatian pada ketika ini demi memastikan para guru dapat memberi khidmat yang terbaik kepada anak didik.


Disamping itu, beliau yang juga Penyelaras DAP Parlimen Keningau turut menggesa kerajaan untuk menambahbaik peruntukan Rancangan Amalan Makanan Tambahan (RAMT) terutamanya di sekolah-sekolah Pedalaman.


Akhir sekali Grelydia yang merupakan Ketua Pemuda Sosialis DAP Keningau turut berharap kerajaan dapat menaikkan peruntukan bantuan persekolahan KWAPM terutamanya pelajar-pelajar B40 dan dalam kategori e-Kasih memandangkan perbelanjaan semasa semakin meningkat ekoran ketidakstabilan ekonomi.

  • oleh
  • Advertisement