Anda di sini

Annuar turun padang tinjau projek sambil menyantuni rakyat

Advertisement
 Annuar (tiga kanan) bersama rombongan UPPM Liawan turun padang meninjau projek-projek dibawah Peruntukan Khas Pembangunan ADUN yang sudah siap.
TELITI: Annuar (tiga kanan) bersama rombongan UPPM Liawan turun padang meninjau projek-projek dibawah Peruntukan Khas Pembangunan ADUN yang sudah siap.



KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman terus komited dengan menyampaikan khidmat kepada rakyat dengan menyantuni dan 'turun padang' meninjau serta menyelesai masalah di akar umbi demi kesejahteraan bersama.


Baru-baru ini Annuar yang disertai rombongan staf Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Fred Toyong membuat lawatan dan tinjauan ke beberapa kampung bagi meninjau projek-projek di bawah Peruntukan Khas Pembangunan ADUN Liawan yang telah siap pelaksanaannya.


Lawatan dan tinjauan di Kampung Limbawan menyaksikan pelaksanaan bina baru perparitan di persekitaran kawasan perumahan penduduk kampung yang telah siap dan seterusnya melakukan tinjauan di sekeliling kampung sambil beramah mesra dengan penduduk setempat.


Dalam kesempatan itu juga, Annuar turut melakukan kunjungan terhadap Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Dominic Mali yang sedang sakit di kediamannya bagi bertanya khabar dan pada masa sama memberikan kata-kata semangat agar segera pulih.


Manakala di Kampung Bakiau, Annuar juga meninjau tapak pembinaan dewan terbuka yang telah dinaik taraf kepada dewan tertutup seterusnya berkesempatan beramah mesra dengan sebahagian penduduk di kampung tersebut.


Sementara di Kampung Sondoton Baru, Annuar yang turut di temani oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Addy RM Jasni; Ketua Masyarakat Cina (KMC) Kapitan Anthony Chong Kong Ming dan Pegawai Penyelaras DUN Liawan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau Erick Takun Lantayan melawat perparitan konkrit yang telah siap dalam kawasan perumahan penduduk di kampung Jaya Baru.

 
Annuar dan rombongan turut meluangkan masa ‘kupi-kupi’ bersama Ketua Kampung serta Pengerusi JPKK Kg Sinar Jaya dan Kg Jaya Baru dan beberapa penduduk kampung sambil   mendengar keluhan serta rintihan penduduk untuk tindakan selanjutnya.

  • oleh
  • Advertisement