Anda di sini

Aktiviti dagangan antara Sarawak dan China terus catat peningkatan 

Advertisement
Dr Sim yang mewakili Premier diiringi Xing (kanan) semasa tiba pada Majlis Makan Malam Hari Kebangsaan China Ke-73 dan Ulang Tahun Ke-73 Penubuhan China di Kuching, malam Rabu. - Gambar Chimon Upon
Dr Sim yang mewakili Premier diiringi Xing (kanan) semasa tiba pada Majlis Makan Malam Hari Kebangsaan China Ke-73 dan Ulang Tahun Ke-73 Penubuhan China di Kuching, malam Rabu. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Aktiviti perdagangan antara Sarawak dan China menunjukkan peningkatan dengan nilai dagangan RM27.05 bilion pada tahun 2021 berbanding RM20.5 bilion pada tahun 2020.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, China adalah rakan utama bagi Sarawak dengan nilai dagangan pada tahun 2021 itu mewakili kira-kira 17.93 peratus daripada jumlah dagangan negeri.

"Eksport Sarawak ke China tahun lepas bernilai RM18.63 bilion dan import RM8.4 bilion. Sarawak mengeksport terutamanya LNG dan produk petroleum, minyak sawit, kayu dan produk kayu serta komponen elektrik.

"Perdagangan kita dengan China semakin meningkat. Pada 2020 nilai perdagangan antara Sarawak dan China direkodkan pada RM20.5 bilion, sementara RM27.05 bilion pada 2021.

"Kerjasama ekonomi antara China dan Sarawak sentiasa berada di landasan yang betul kerana terdapat penyertaan dan pelaburan besar China dalam sektor infrastruktur dan pembinaan, pembuatan dan pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalannya Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada Majlis Makan Malam Hari Kebangsaan China Ke-73 dan Ulang Tahun Ke-73 Penubuhan China yang dihadiri Konsul Jeneral Republik China di Kuching Xing Weiping di sini, malam Rabu.

Menurut Abang Johari, hubungan mesra antara China dan Malaysia telah membolehkan Sarawak berkongsi kemakmuran ekonomi China.

Katanya, Sarawak mempunyai populasi yang kecil dan satu-satunya jalan ke hadapan untuk negeri ini adalah melihat pasaran yang jauh lebih besar di negara lain.

"Dengan populasi lebih daripada satu bilion orang, China sudah tentu merupakan pasaran yang besar untuk produk dari Sarawak.

"Kami di Sarawak berharap dapat memanfaatkan potensi pasaran yang besar di China ini untuk menjual produk kami, terutamanya barangan makanan, bagi merealisasikan sasaran kami untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeksport bersih makanan menjelang 2030," katanya.

Beliau berkata, Sarawak bertuah kerana mempunyai seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Republik Rakyat China juga Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

"Saya amat berharap agar Sarawak dapat memanfaatkan jawatan istimewa yang diperuntukkan kepada Yang Berhormat ini untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara China dan Malaysia, Sarawak khususnya," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement